Quantcast
Channel: Monier Mat Din
Viewing all 29 articles
Browse latest View live

WARGAKILANG: Jln-Jln Malam Merdeka

$
0
0

Petang semalam saya dalam diskusi sesama kami thru email, saudara Shukri TYDP NGO Wargakilang ajak kami berkumpul kat kedai dia, sembang-sembang minum kopi sambil tengok orang main bunga api sambut MERDEKA. Saudara Wahab Isa, Ketua Wargakilang Utara reply balik, dia kata:

“Kalau boleh pi rumah orang kampung yang masih guna pelita minyak tanah sambut MERDEKA pun ok juga”

So, tanpa dirancang malam tadi, selepas Isyak kami bertolak ke sebuah rumah di sempadan daerah Baling/Sik, Kedah saja nak merasa tengok macam mana orang sambut merdeka tanpa api tanpa bekalan elektrik ini.

(Meredah gelap malam dengan torchlite di malam merdeka, tak pasti pula kenapa sdra Shukri pakai vest pantul cahaya, mungkin dia risau takut lembu atau pun babi hutan langgar kami)


(Antara musuh yang sempat kami elak, semut malam yg orang kg panggil KONG-KIAK, kalau kena gigit dengan lashkar kong-kiak ini, silap2 boleh demam)


Akhirnya, ketemu juga kami dengan rumah Paklong Lazim – di Kg Machang Bubuk, Malau, di sempadan daerah Baling/Sik di negeri Kedah.


(Rumah bertiang kayu hutan, berdinding buluh dan ber-atap zink, gelap gulita di malam merdeka)


(Bukan pelita minyak tanah yang Paklong Lazim guna, tapi pelita karbaid. Teringat waktu kecik-kecik dulu di kg, kami main meriam buluh guna karbaid)


 (Walaupun hidup dalam serba kekurangan, rumah tanpa letrik tanpa air, tetapi penghuninya miliki semangat patriotism yang teramat tinggi)

Bendera Malaysia dan bendera negeri Kedah yang separuh uzur di pintu rumah buluhnya ini membuktikan bahawa ianya tidak dipasang pada bulan MERDEKA sahaja, sudah tergantung di situ sejak sekian lama. Kata sdra Shukri, malu wei rumah kita pun tak pasang bendera macam ini!

(Maklong, isteri Paklong Lazim bersemangat meriwayatkan kepada kami kisah hidup mereka yang mentakdirkan mereka suami isteri tercampak ke pinggir hutan ini – biarlah ia menjadi kisah peribadi antara kami)

Alhamdulillah, hidup Paklong suami isteri tidaklah setiap malam dalam kegelapan kerana hari itu ada seorang hamba Allah yang prihatin tolong beli sebuah GEN-SET untuk bekalan letrik rumah ini.

(Risau takut Gen-set kena curi, Paklong Lazim letak Gen-set ini dalam kandang lembu/kambing; kalau ada orang nak masuk ambik mungkin kambing dan lembu ini akan buat bising)


(Ha, terang benderang rumah Paklong Lazim bila Gen-set dihidupkan. Maklong bagi kat kami pisang NAGA ka apa nama, nala punya besar sekali telan terus kenyang)

Boleh nampak kat TV yang berbalam-balam di belakang itu,meriahnya suasana orang-orang di KOLA LOMPO sambut malam MERDEKA!!!

(Saudara Wahab sedang menyampaikan sumbangan beras dan sedikit makanan yang kawan-kawan kami minta tolong kirimkan)

Tong plastik putih yang banyak-banyak itu adalah sumber air minum yang Paklong Matzin pi ambik kat rumah-rumah berdekatan, bukan free – kena bayar, RM10 sebulan.

Kami berada di rumah ini agak lama, sehinggalah melepasi detik 12 malam hari Merdeka. Banyak yang kami bualkan, dan banyak pula kisah suka duka hidup beliau yang diceritakan. Yang paling agak mengejutkan ialah orang tua bernama MOHD LAZIM BIN HASSAN di hadapan kami ini rupa-rupanya adalah bekas TENTERA.

Begitu bangga beliau bercerita kisah ke SOMALIA sewaktu misi tentera kita ke sana; bangganya beliau sebab waktu itu Menteri Pertahanan adalah YAB Datuk Seri Tun Najib yang hari ini menjadi Perdana Menteri Malaysia.

(Kebetulannya pula waktu itu LIVE dari kaca TV, jelas kelihatan wajah DS Najib sedang memberi ucapan sempena malam MERDEKA)


(Buku/Paspot angkatan tentera yang disimpan rapi bukti bahawa beliau pernah berkhidmat sebagai Rejimen Askar Melayu Diraja)


(Testimonial perkhidmatan beliau dalam angkatan tentera yg begitu mengkagumkan)

Tercatat di situ:

 “L Kpl Mohd Lazim Bin Hassan mula berkhidmat dalam angkatan tentera mulai 1 Oct 76 sehingga 30 Sept 97 selama 21 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang amat membanggakan serta berhemah tinggi. Pernah berkhidmat di Somalia di bawah UNISOM II. Dengan pengalaman serta keperibadian yang terpuji, adalah diyakini beliau akan berjaya dalam masyarakat awam kelak”

Ya, beliau bukan sahaja punya keperibadian yang terpuji tetapi juga semangat patriotik yang tinggi. Memang tinggi sungguh semangat patriotism Paklong kita ini. Bersemangat sungguh beliau sewaktu meriwayatkan kepada kami kisah beliau dan platoonnya memburu gerombolan komunis di Banjaran Bintang berdasarkan kesan titisan darah seorang musuh yang berjaya ditembak, 15 Hari 15 Malam lamanya hingga ke Ijok, Perak.

Perkara biasalah bagi tentera hidup bergelap di dalam hutan belantara waktu itu – tapi tak sangkalah pula selepas pencen beginilah pula nasib diri yang menimpanya.

Walaupun jiwa patriotiknya begitu menebal mengalahkan majoriti ahli-ahli politik kita di luar sana, namun sebagai manusia biasa, antara rasa semangat yang membuak itu terselit juga rasa kesal yang mendalam. Saya agak terkesima dan sedikit rasa terkedu bila dengan nada suara yang agak perlahan Paklong Lazim cakap:

“Kita dah tolong negara, takkan NEGARA tak boleh tolong kita pula kot?”

Apa yang Paklong Lazim nak ialah bekalan letrik dan sebuah rumah yang sedikit sempurna.

Kesian beliau, minta letrik tak dapat. Alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan sebab struktur rumah itu tak memenuhi kriteria; dikatakan rumah tiang kayu hutan dan dinding buluh macam rumah beliau ini tak boleh sambung lektrik; saya yang berkelulusan Electrical Engineering dari Amerika ini pun penin – professor manalah agaknya yang pi ajaq kata kalau guna tiang kayu hutan dan dinding buluh arus lektrik tak boleh lalu!! – tak apalah mungkin ada sebab lain yang kita tak tahu.

Yang kami nak habagnya, tak patut benar haih di tahun ke 56 negara merdeka, masih ada lagi anak bangsa, bekas tentera pula itu yang dulunya bertanggungjawab menghapuskan pengganas kominis - untuk membolehkan depa-depa di KOLOMPO main bunga api sambut MERDEKA malam ini - tetapi orang yang berkenaan sendiri hidup dalam kegelapan, hidup doif dengan rumah berdinding buluh dan bertongkatkan kayu hutan - sebab tak mampu nak buat rumah lain yang lebih sempurna.

Malam tadi, malam merdeka ke 56, kami tinggalkan L KPL Mohd Lazim Bin Hassan dalam kegelapan malam, dengan penuh harapan dan sembah penuh takzim agar di suatu musim nanti akan ada bapa Menteri atau pun orang-orang besar negara sudi datang melawat sendiri keluarga ini, kerana sesungguhnya tinggal di nun di kaki hutan sana seorang rakyat yang TERAMAT TINGGI semangat patriotismenya.

Gambar di bawah ini mampu menceritakan segala-segalanya.


Kami sendiri jadi terkesima, tak tau nak kata apa. Belum pernah kami ketemu rakyat Malaysia yang se-patriotik ini. Walaupun hanya berdinding buluh tetapi tidak lupa digantung gambar DYMM Seri Paduka YDP Agong, pemimpin no-1 negara.

Selamat Hari Merdeka!!

Moniermatdin@yahoo.com
31.8.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

>>>>>>>>>>>>

(Berikut pula adalah kisah rumah si Duan, anak Paklong Mat Lazim)

Tinggal tak jauh dari rumah Paklong Mat Lazim pula ialah rumah anaknya si Duan, lagi teruk daripada teratak buluh beliau. Tatkala rumah beliau berattap zink, rumah anaknya ini seperti rumah Melayu zaman Merong Mahawangsa dahulu kala, rumah kecil pondok buruk berdinding buluh dan ber-attap rumbia.
Dalam perjalanan pulang dari rumah Paklong Mat Lazim, kami singgah sebentar di rumah Duan; kesian kat keluarga ber-anak kecil ini, sewaktu kunjungan kami di malam Merdeka ini, sebahagian drpd bumbung atap rumbia rumah ini terpelanting ke tanah kerana hujan ribut pada siang harinya; habis basah tempat tidur mereka anak beranak, terpaksa pindah ke sudut lain yang tak kena hujan.

Riduan tinggal di rumah ini bersama isteri dan dua orang anak kecil mereka berusia 2 tahun dan 8 tahun. Mereka menggunakan gen-set untuk bekalan letrik, yg biasanya dimatikan pada jam 10 malam. Selepas waktu itu tiada lagi letrik, mereka anak beranak tidur dlm kegelapan; di musim cuaca panas, anak2 berpanas tanpa kipas angin, hanya mengharapkan kepada dingin malam.

Bila ditanya macam mana pula kalau nak buat susu anak, si ibu menjawab "guna torchlite saja bila nak bancuh susu".

(Gambar rumah Duan di waktu siang dan gambar di malam MERDEKA)

Kami di Wargakilang amat-amat menghargai jika ada mana-mana pihak yang sudi membantu membina rumah baru yang sedikit sempurna utk keluarga ini. Jutaan terima kasih diucapkan.


Wargakilang: JJMK Korban 2013

$
0
0

Tadi, bila baca email daripada sdra Shukri, coordinator Ibadah Korban Wargakilang untuk tahun ini, saya rasa lega sikit. Bila dia habag kata pendaftaran / tempahan Korban untuk tahun ini sudah ditutup setakat 10 ekor atau pun 70 bahagian yang kami terima itu, saya reply balik; saya kata:

 “Hah, elok gak stop takat 10 ekor itu, tahun lepas bila aku tulis kisah kita masuk kg pi agih-agihkan daging korban yang berlambak-lambak itu, ada orang komen sinis, dia tulis “AKHIRNYA IBADAH KORBAN JADI PESTA DAGING!!”

Tahun ini sebab 10 ekor aje, harap-harap tak adalah orang-orang hebat ilmu agama ini nak kondem kat mamat-mamat berpendidikan secular macam kami ini dengan kata-kata sinis macam itu.

Baru sekejap saya reply, sdra Shukri reply balik. Dia tulis:

“Pesta Daging? – depa apa tau pesta ke tak, depa tau komen je. Depa tau ke daging tu bagi kat sape, agihannya camner? Lantak le ape org nak kata…kalu kat bandar2 pun ramai gak yg gaji bawah RM3K kos sara hidup mahal…sama cam di kg-kg, pendapatan RM200-RM1000 je…nak makan daging fresh bukannya selalu..”

Sdra Wahab, Ketua Wargakilang Utara reply tambah, dia tulis:
“Tok sah duk peduli orang nak kata apa, terus tengok kat depan dan tetapkan hati untuk ikhlas”

Memang betoi kata-kata rakan-rakan saya ini; orang yang komen itu dia mungkin betoi dari kaca mata dia yang tinggi MAKAM ilmu agamanya, tapi dari kaca mata kami set-set NGO Kampung yang selalu berdepan dan bertemu dengan wajah-wajah marhain di kg-kg pedalaman yang hanya sesekali dapat daging fresh untuk masak sendiri ini, kami tak berapa paham bila orang duk pi kata usaha kami duk pi agih2kan daging2 korban ke rumah-rumah di pedalaman itu macam pi buat pesta daging pula.


Bukanlah kami pi hantar satu paha lembu satu rumah, cuma sekilo saja; dan paling banyak pun bila kami lihat keluarga itu anak ramai, kami bagi dua kilo. Dua kilo satu keluarga setahun sekali itu kira PESTA DAGING ka?

Ish ish – depa yang duk baziaq makan daging masak enak2 kat buffet mahal-mahal kat hotel-hotel itu, hat tu kot baru sesuai disebut sebagai Pesta Daging!

 (Sekilo daging untuk keluarga ini kira Pesta Daging ke nie?)

Ok lah, berbalik kpd program Ibadah Korban Wargakilang tahun 2013 ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kpd mereka yg menyumbang kpd 70 bahagian yang berkenaan. Insyaallah bahagian daging tuan/puan itu akan sampai kepada golongan yang selayaknya.

Antara golongan yang layak itu ialah mereka yang tidak meminta seperti warga-warga pondok yang tiada punca pendapatan menghabiskan usia mereka menadah kitab di beberapa buah pondok pengajian di utara tanah air; dan ada juga korbannya yang akan kami sempurnakan di kg-kg penoreh getah yang kebetulan sedikit sesak di musim hujan yang tak berapa menentu ini.

Antara kampung berkenaan ialah sebuah kampung yg rata-rata bekerja menoreh getah di sempadan daerah Sik dan daerah Baling Kedah.



Hari itu, sewaktu kami ke sana menghantar kain baju terpakai dan beberapa kampit beras yg kwn2 kirimkan, Paklong Wahid tuan rumah yang mewakili penduduk2 di kg berkenaan, dalam nada yang perlahan dan agak segan mai tanya saya, dia kata:

 “Monier, tak ada ka lembu korban untuk kami?”

 Pasal apa?

 “Tahun ini, di kampung kami ini takat ini tak dengar lagi ada orang nak buat KORBAN”

Tu dia – tak ada orang buat korban; kalau kami hantar mai seekoq drpd 10 ekoq tu untuk disembelih di rumah Pak Long Wahid dan diagih-agihkan kepada penduduk kg berkenaan, dikira PESTA DAGING kah ini?

Tak tau nak kata apa lah, yang pastinya di atas keikhlasan kwn2 yang wakilkan kepada kami untuk buat korban ini tanpa bersoal, ikhlas lillah hi taala sebab nak cari redha Allah SWT; orang alim kata insyaallah ganjaran yang baik pasti akan menanti di SANA. Tuhan dah janji dalam kitab Taurat, Injil dan juga Al-Quran (At-Taubah 111).

Moga kerja buat kita ini ada kebaikannya buat kita semua.

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
7.10.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang

(Kepada semua tuan punya korban/akikah; sila rujuk Facebook wargakilang untuk lokasi Korban/Akikah anda. Terima Kasih)

WARGAKILANG: Warga Penoreh - tiada yang peduli

$
0
0

Petang tadi saya dapat email daripada sahabat saya, sdra Shukri TYDP Wargakilang. Dalam email tersebut beliau cerita ada seorang rakannya, Tauke Minyak Sawit Mentah nak hantar mai 30 pax minyak masak 1kg, 30 pax gula 1kg, 30 pax tepung 1 kg dan 30 pax bihun – untuk disumbangkan kepada program JJMK Korban Wargakilang tahun ini.

Saya reply balik, saya kata:

“Elok bawa pi Selama (Sebuah Pondok di Selama Perak, tempat program korban kami tahun ini) combine dgn daging korban...sana ramai penoreh getah. Nak habag kat hangpa satu kisah benar yg tak ramai orang tau...aku rasa Dato Najib pun tak tau... penoreh2 ni bila musim hujan x leh menoreh, depa akan berhutang dengan tauke getah sekerap utk beli beras dan keperluan harian, bila dah tak hujan dan boleh menoreh; hasil menoreh yg tak seberapa selepas dibahagi dua dgn tuan punya getah tu pula nak kena bayar hutang tauke getah sekerap yg depa pinjam di musim hujan tu...akibatnya keluarga penoreh ni hidup sengsara tak cukup pendapatan tak kira musim hujan ke tidak...sebab tu aku duk pulun minta beras dan usung beras masuk kg...sedih...tak dak sapa nak bela nasib depa...mungkin ini satu sebabnya Tuhan jadikan NGO kita nie...utk bantu depa2 ni..wallah hu aklam.”

Memang betul, dua tiga hari lepas waktu saya balik ke kg halaman saya di Baling Kedah pi melawat jenazah seorang saudara rapat meninggal, dalam perjalanan pulang waktu bersembang dengan abang kandung saya yang rapat dengan saudara mara kami penoreh getah di sana sebab abang saya ini meniaga pekan hari, selalu balik kampung ambik ulam-ulam kampung untuk dijual – selalulah beliau mendengar keluh kesah kawan-kawan sepermainannya sewaktu kecil-kecil dulu yg kini jadi penoreh getah kebun orang sepenuh masa.

Abang saya cerita bagaimana sengsaranya mereka nak survive hari-hari dengan pendapatan menoreh yang tak seberapa itu, tambah-tambah sekarang ini dengan harga barang dan kos sara hidup yang makin meningkat, lagilah teruk.

Dia cerita kat saya kisah Kak Nah, Ibu Tunggal anak-4 yang menoreh di kebun orang; sudah lah jumlah pokok boleh dibilang dengan jari, dapat hasil nak kena bagi dua dengan tuan pokok pula; nak dapat sebulan dua tiga ratus pun sakit – tambah2 musim hujan, lagilah sengsara.

Kebetulan on the way balik itu hujan lebat tak nampak jalan, bila saya kata kesian kat depa esok sure tak boleh menoreh, jenuh anak bini nak makan apa; abang kandung saya ini habag:

“2x5 ja hujan tak hujan; bila hujan depa terpaksa berhutang dengan tauke kedai getah sekerap utk beli beras dan sebagainya, bila tak hujan bila boleh menoreh, selepas dibagi dua dengan tuan pokok, dapat dua tiga ratus, nak kena bayar hutang kat tauke kedai getah pulak – sepanjang tahun “sakit” macam tu”

Sebab tu, bila saya tengok gambar2 di bawah ini, gambar beras yg kwn-kwn mai longgok rumah saya, gambar kami pi hantar beras malam-malam selepas balik kerja di daerah Baling, daerah Sik dan juga daerah Kulim-Bandar Bharu ini, saya rasa puas hati sangat, walaupun sedikit penat balik kerja terus pecut pi masuk ke kg2 pedalaman nu.

Sebetulnya, saya menulis ini sebab tak tau nak luah perasaan kat mana, hanya di blog ini saja yang mampu saya curahkan perasaan ini – rasa sedih dan rasa ralat sungguh dengan nasib yang menimpa saudara saudara kita di pedalaman kampung sana. Dengan kos sara hidup dan harga barang yang koi duk naik, dengan pendapatan yang tak menentu, hidup berhutang untuk beli makan anak bini nie, kita rasa ada sesuatu yang amat tak betul sedang berlaku dalam society.

Terima Kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang duk bagi sumbangan selama ini, insyaallah sumbangan barang-barang itu walaupun hanya 5kg beras cuma, amat bermakna buat mereka-mereka ini. Tkasih, moga ada kebaikannya buat kita semua.

(Sumbangan di waktu malam, bertempat di kedai getah sekerap di Baling Kedah)


(Sumbangan di siang hari, bertempat di rumah seorang kenalan di sempadan Baling/Sik, Kedah)


(Sumbangan di malam hari, bertempat di rumah sepupu saya di Sik, Kedah seorang yang agak berada tetapi tidak lokek untuk menjadikan rumahnya yang agak luas ini sebagai pusat agihan sumbangan)


(Sumbangan malam tadi di sebuah kedai runcit di pedalaman daerah Kulim Bandar/Bharu Kedah)


(Balik kerja saya nampak ada 15 kampit beras di rumah, terus saya call sorang sahabat suruh cari 15 org penoreh getah utk terima sumbangan ini - simple saja, semua sumbangan direct dari kereta TRITON ini saja, tanpa khemah atau pun pentas meja VIP)

Bila sampai di kampung tu, baru perasan beras memang 15 kampit tetapi gula dan minyak masak tak cukup –bila minta nak beli tambah kat kedai runcit di kampung berkenaan, tengok2 gula di kedai itu dah habis dan minyak masak cuma tinggal satu kilo saja – tak tau lah dia meniaga macam mana – mungkin ini juga sekaligus melambangkan tahap kemiskinan di kg tersebut, bukan kata pembeli saja miskin, yang menjual dan meniaga pun susah juga – beli takat cukup2 stok saja. Begitulah adanya.

(Sekali lagi, kpd rakan-rakan yang duk rajin hantar beras-beras ini mai rumah saya, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Moga semua kita akan dapat manafaat daripada kerja amal rakan-rakan di NGO Wargakilang ini)

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
9.10.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang

WARGAKILANG: Jln2 Masuk Kg Musim Korban

$
0
0

Sudah hampir seminggu Hari Raya Korban 1434 berlalu. Pada mulanya saya tidak bercadang hendak menulis kisah program Ibadah Korban ini, kerana seminggu selepas Raya Haji hujan lebat turun, mengakibatkan banjir di merata tempat di Utara ini, menyebabkan fokus NGO Wargakilang beralih serta merta kepada usaha membantu mangsa banjir; duk ingatkan tak ada orang dah yg minat nak dengar cerita bab korban - sehinggalah semalam bila seorang sahabat di kilang yang ambik 3 tompok bagian korban itu mai tanya Korban apa cerita? makna kata macam juga kisah2 JJMK Wargakilang yang sebelum2 ini, nak kena juga tulis cerita, habuan untuk kawan2 yg buat Korban dan yang kirim barang2 sumbangan nak tengok sendiri dan nak tau cerita ke mana sumbangan depa tu kami tala pi.


(Ha, ini dia gambar KORBAN, gambar Tuan Guru Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah sedang melakukan korban lembu yang pertama.)

Ada orang kata jangan la tunjuk gambar lembu kena sembelih, kesian kat lembu itu, dia pun ada maruah juga. Saya tak pasti orang yang cakap itu dia ambil dari hadith mana atau ayat quran surah mana. Sengaja saya nak tunjuk kat sini, sebagai tazkirah untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan yang membaca ini. Lihatlah sendiri nala punya "NGERI" nya bila kena sembelih.

Cuba bayangkan betapa TAATnya Nabi Ibrahim SAW patuh kepada perintah TUHAN suruh sembelih anak sendiri. NGERI tak NGERI, walaupun batang tengkuk anak sendiri, perintah Tuhan punya pasal, terus patuh 100% - SAMIAQ NA WA ATOQNA (Aku Dengar dan Aku Patuh - tak tanya tanya dah). Ya lah, kot-kot la nak tanya, Ya Allah Ya Tuhanku, tak boleh ka aku gantikan anak aku ini dengan UNTA ka apa ka?. Taat dan akur sungguh tanpa soal. Kita, termasuk diri yang menulis ini, boleh ka jadi macam itu?


(Hah, tengok pula gambar yang ini; ini titisan darah yang mula-mula jatuh ke tanah)

Bila tengok gambar ini, saya teringat kata-kata seorang tok alim waktu saya kecik-kecik dulu, tatkala beliau baca kitab lama bab ibadah korban di madrasah lama di kampung saya. Lebih kurang katanya, ada pun pada darah korban itu, sebelum menitis akan ia ke muka bomi ini, terlebih dahulu menitis akan ia ke tangan Tuhan. Nak habag katanya, terlalu besar fadhilat Korban ini, pahalanya dicatat disisi Tuhan sebelum darah tersebut gugur menitis ke bumi lagi.

Mudah-mudahan, kita akan terus boleh buat Korban di bumi Malaysia ini, ya lah duk risau jugak bila tengok perkembangan semasa, duk baca dlm FB dan Internet mcm2 isu berkaitan Korban duk ada; harap-harap tak sampai lah ke tahap suatu hari nanti Korban hanya boleh dibuat di perkarangan masjid atau pun di sekolah2 pondok mcm Pondok Bandar Hilir ini saja!.

Dan, seperti biasa bagi kami di NGO Wargakilang, antara sebab yang kawan-kawan minta tolong kami buat korban ini ialah kerana mereka bergantung kepada kami untuk mempastikan daging2 korban ini dihantar terus kepada golongan sasaran.


(Sdra Aznee, SU Wargakilang sedang menyampaikan sumbangan sekilo daging kpd salah seorang penerima - sebuah keluarga miskin di sebuah kampung di pedalaman Baling, Kedah. Keluarga ini pernah dua hari tak makan nasi sebab tak ada duit nak beli beras. Ini kisah benar, bukan rekaan !!)

(Selain daging korban, keluarga2 berkenaan turut menerima beras dan barang2 keperluan harian termasuklah bawang, ubi kentang, bunga lawang 4 beradik, sub bunjut dll untuk masak SUP Daging)


(TYDP Wargakilang, sdra Shukri Ees mengetuai agihan sumbangan di area Selama, Perak)

(Sumbangan dibawa masuk hingga ke dalam rumah penerima)

Antara penerima yang dikenal pasti lebih awal ialah beberapa buah keluarga Ibu Tunggal yang kurang bernasib baik; antaranya ialah:

(Puan Aishah, Ibu Tunggal anak 5, hat sulung  form 4; suami penoreh getah, meninggal diserang hepatitis C)

(Puan Habsah, IT anak 4, yang sulung di PLKN, suami kerja guard meninggal accident motosikal)

Ramai lagi keluarga Ibu Tunggal yang nasib serupa menerima sumbangan 1kg daging, beras dan lain-lain ini, tak cukup ruang nak dimuatkan semua di sini. Terima kasih banyak2 lah kepada kawan2 yg wakilkan kami tolong buat korban dan juga yang kirimkan barang2 sumbangan ini. Hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya,

Dalam ramai-ramai keluarga yang kami kunjungi, keluarga Mak Nik di bawah inilah yang paling meninggalkan bekas di hati-hati kami. Melawat keluarga ini umpamakan seperti sedang mendengar tazkirah daripada seorang Ustaz yang kami tak nampak. Seolah-olahnya ada Ustaz duk bagi tazkirah kat kami, duk tanya kami:

"Maka, yang mana satu di antara ni'mat-ni'mat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan?" - Ar-Rahman.

Apa tidaknya,  Mak Nik, 50an dlm gambar ini; seorang ibu tunggal, suami sudah lama meninggal, sedang mengidap kencing manis tahap kronik hingga berbalut kakinya dan dlm masa yg sama ada masalah jantung.

Dlm keadaan beliau yg sebegini, diuji pula dengan ibunya, 90an yg uzur dan hampir BUTA mata, dan dua org anak perempuannya, 30 dan 34 tahun, yg kedua2nya juga BUTA dan menantu lelakinya juga BUTA. Salah seorang anak perempuannya yang BUTA itu pula mengidap sakit buah pinggang,  kencing manis dan dipotong sebahagian kakinya.


(Mak Nik, tabah menghadapi Ujian Hidup yang begitu mencabar)

(Normah, anak Mak Nik - BUTA, sakit buah pinggang, kencing manis dan dipotong sebagian kakinya)

(Liza, anak Mak Nik dan suaminya - kedua2 nya pun BUTA)

Dalam perjalanan pulang, saya ada cakap kat kawan-kawan dalam kereta; kita memang kena bersyukur sungguh dengan apa yang ada. Kalau pun mungkin antara kita sedang berhadapan dengan masalah dan dugaan dalam hidup, seteruk-teruk ujian itu pun rasanya tidaklah sampai ke tahap ujian seteruk keluarga Mak Nik.

Kalau tak percaya, cuba buat pilihan tengok, kita pilih nak jadi yang mana satu - nak jadi Mak Nik, Ibu Mak Nik, Anak-Anak Mak Nik atau pun Menantu dia? - kita tentunya tak mampu nak memilih nak jadi yang masa satu. Bersyukurlah dengan ni'mat yang kita ada, walaupun mungkin tidaklah seberapa.

Perjalanan seterusnya membawa kami ke sebuah rumah Melayu lama, yang bagi mereka-mereka (seperti diri yang menulis ini), yang pernah membesar dalam rumah seperti ini sewaktu kecil-kecil dulu, bertandang ke rumah tua ini umpamakan  naik time mesin pulang ke zaman kanak-kanak dua puluh tiga puluh tahun yang silam - begitu nostalgic sekali.

(Menghuni di rumah tua ini ialah dua beranak yang terkurung dalam kemiskinan silam tanpa apa-apa bantuan)


(Boleh nampak betapa excitednya Makcik ini menerima daging korban, beras dua kampit dll itu)

(Kami tutup kembali pagar buluh rumah tua ini, meninggalkan insan dua beranak ini untuk meneruskan kehidupan mereka, dalam dunia mereka yang tersendiri)

Banyak lagi rumah-rumah tua yang sebegini yang kami temui sepanjang perjalanan kami mengagihkan daging korban, beras dan barang-barang sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terpilih dari daerah Sik, Baling dan Kulim Kedah hinggalah merentas sempadan negeri menuju ke pedalaman Selama di Negeri Perak.


(Masih ada yang menggunakan kayu hutan sebagai bahan bakar)

Ramai juga yang kami temui adalah warga-warga mas yang hidup sendiri di kg-kg pedalaman. Biasanya bagi golongan seperti ini mereka tidak kisah sangat tentang barangan sumbangan. Bagi mereka kesudian kita untuk berkunjung ke rumah mereka, melawat dan bertanya khabar, yang itu saja pun sudah lebih dari memadai - mereka amat2 menghargainya.

 (Long Jeriah tak putus-putus mendoakan kami. Antaranya, Haji Fendi Ketua Skuad Riki Wargakilang ini cakap, Long Jeriah mendoakan kami diberi kesejahteraan dan kebaikan di Dunia dan juga di Akhirat. Mudah-mudahan dimakbulkan.)

Bagi diri saya pula, antara kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang program agihan daging Korban, beras dan lain-lain barang keperluan sumbangan kawan-kawan ini ialah tatkala menyampaikan sumbangan kepada seorang Ibu Tunggal di sebuah kampung penoreh getah di sempadan daerah Sik dan Baling, Kedah.


Waktu saya interview Ibu Tunggal yang kerja NGO (Noreh Getah Orang) ini, bila saya tanya berapa pendapatan menoreh sebulan, dia jawab bila dibahagi dua dengan tuan kebun getah, dapatlah sikit.

Saya tanya dapat berapa? Dia jawab dapatlah sikit.

"Sikit tu banyak mana? - Seratus, Dua Ratus, Tiga Ratus, Lima Ratus ka SERIBU??"

Sebaik-baik saja saya sebut RM1000 - serentak Cik Puan ini dan juga dua tiga orang Makcik kat belakang tu kata:

"BUUUUUUUU!!!"

(Bahasa Baling, yang bermaksud TU DIA AIH NALA PUNYA BANYAK)

Nak habag kata, bagi keluarga penoreh getah di pokok orang ini, nak dapat RM1000 sebulan itu adalah sesuatu yang di luar imaginasi. RM1000 itu bagi mereka seperti RM1 JUTA untuk orang-orang yang kerja makan gaji macam kita - tak masuk dek akai.

Untuk pengetahuan, Ibu Tunggal NGO ini pendapatan bersihnya jika tidak HUJAN ialah sebanyak RM30 untuk 5 hari. Kalau sebulan, bolehlah ambil calculator kira sendiri. Itu pun kalau tak hujan..

Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencengkam, dengan harga barang duk naik tak turun-turun ini, kesianlah sungguh kat keluarga-keluarga miskin dan susah di kg-kg di pedalaman ini. Tak tau lah nak kata apa; harapnya semoga sedikit kisah perjalanan kami di musim Korban ini mampu menjadi takzirah dan iktibar untuk kita semua.

Sekali lagi, terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menyempurnakan ibadah korban tuan/puan. Moga bertemu lagi di tahun hadapan.

24.10.13
facebook/wargakilang 


"Yg Penting Bagi Budak2 Makan Dulu"

$
0
0


Lepas maghrib tadi, waktu pi buat grocery bulanan pi beli brg2 rumah kat kedai runcit berdekatan, saya call Ustaz Asyraf, Mudir Madhad Tahfiz Baitul Hikmah minta dia mai jumpa saya kat kedai runcit itu, nak bagi RM200 yang seorang sahabat minta tolong sampaikan.

Saya bukan tak mau pi ke Madhad tu, tapi sebab kalut sikit, tu yg minta Ustaz keluar mai. Tak sampai 20 minit rasanya, Ustaz Asyraf mai dengan motor dia, mai ikut jalan short cut meredah batas ban di antara permatang bendang di area Kg Guar Lobak, Padang Serai, Kedah. Sebaik-baik saja saya hulur kat dia 4 helai note RM50 yang ada sahabat sedekah tu, saya dengar Ustaz Asyraf cakap:

 "Alhamdulillah - syukur, terima kasih banyak-banyak lah. Ini, saya nak habag kat Abang Monier pun rasa segan"

Awatnya Ustaz? - lepas tu panjang lebar Ustaz Asyraf bercerita kat saya, kisah depa cuma tinggal dalam RM190 ka RM200 lebih mcm tu nak tampung makan minum murid2 kat Tahfiz dia (semua perempuan) yg ada lebih kurang 30 orang itu.

Dia macam dah lama duk cari orang tempat nak mengadu, tak tau nak habag kat sapa dah, kisah waris2 yg kebanyakannya bukan orang senang, tak mampu nak bayar yuran RM200 sebulan tu. Seorang waris tu cuma kerja pasar malam, dia mai jumpa Ustaz pun segan nak habag kata dia suami isteri yg punca pendapatan yg tak menentu di psr malam tu, buat masa ini tak mampu nak bayar yuran dua org anak mereka yg mengaji di situ. Hat seorang tu pula punca pendapatan tak menentu juga, duk buat kerja repair machine basuh dan sebagainya, duk janji hujung tahun nie nak bayar yuran anaknya yg tertunggak tu, tak tau boleh bayar ka tidak.

Kata Ustaz, ramai yg tersangkut selepas Raya Puasa hari tu sebab duit yuran RM200 tu depa buat belanja raya, natijahnya Ustaz dan Ustazah suami isterilah yang menanggung semuanya. Depa pun bukan ada duit sangat. Gaji depa? - kalau ikutnya RM800 sebulan, last sekali gaji depa pun tak sempat nak kampoi. Kata Ustaz:

" Saya cakap kat Ustazah, gaji kita tak apa lah - yang penting budak2 ini dapat makan dulu!"

Saya tanya Ustaz, kalau kawan-kawan nak bantu, apa yg depa boleh tolong. Ustaz jawab:

"Beras, alhamdulillah setakat ini banyak lagi, ada orang bagi hari tu, kalau dapat MINYAK dan GULA, alhamdulillah lah sebab sekarang ini duit saki baki yg ada duk kena beli MINYAK dan GULA ini..."

Makanan basah macam mana pula? Ustaz cakap, dengan harga temenung naik sampai RM10 sekilo baru2 ini, Ustaz dah stop beli ikan, cuma bagi budak2 tu makan ayam dan telur saja.

Untuk kwn2 yg selalu ikuti blog saya, kisah Madhad ini pernah saya tulis suatu ketika dulu di bawah tajuk "KISAH MESIN BASUH" - iaitu kisah dua org suami isteri yg mengabdi-kan diri mereka untuk menghidupkan sebuah Madhad Tahfiz di Padang Serai Kedah.

Selalunya bila saya pi melawat madhad tu, nampak saja kereta saya masuk, budak2 tu terus lari masuk kelas/asrama, dan kemudian ada sorang dua keluar mai dengan berpurdah, payah nak amik gambar depa - sehinggalah seorang sahabat berjaya TANGKAP gambar depa tengah duk pi melawat Ustazah depa waktu beliau terlantar kena masuk hospital tak lama dulu.



(Lihat lah wajah-wajah anak2 kecik/remaja muslimah ini - walaupun berpurdah tapi jelas boleh nampak kejernihan iman di mata mereka.)

Ada masa, mai lah melawat dan bantu mereka. Kalau sesiapa nak bagi sumbangan, bolehlah berhubung dengan Ustaz Asyraf direct at 0125795935. 

Terima Kasih.

Moga ada manfaatnya buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
30.10.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang

NOTA:
Saya dimaklumkan oleh Ust Asyraf pada 2 Dec 2013 bahawa nama Madhad ini telah ditukar kepada nama MADHAD TAHFIZ BAITUL QURAN. Boleh hubungi Ust Asyraf at 0125795935 untuk maklumat lanjut. Tkasih

(Nota: Kisah kami di NGO Wargakilang "bertemu" secara tak sengaja dengan Madhad Tahfiz yg terpinggir ini pernah saya garapkan di Blog ini di link yang berikut)

http://moniermatdin.blogspot.com/2013/03/kisah-mesin-basuh.html

WARGAKILANG: JJMS Ijok, Perak

$
0
0

Seperti di tahun-tahun yang lepas, tahun ini sekali lagi kami di Wargakilang bercadang mengadakan program Jln-Jln Masuk Kg untuk bagi sumbangan sempena persediaan anak-anak masuk sekolah nanti, dalam apa yang kami sebut sebagai JJMS (Jln-Jln memberi bantuan untuk masuk Sekolah).

Banyak dah tempat yang kami pergi, kali ini kami teringat cerita L/Kpl (B) Paklong Mat Lazim di sempadan Baling/Kulim, Kedah waktu kami berkunjung ke rumahnya di malam merdeka yang lalu.

    (Menyambut Malam MERDEKA di rumah Paklong Mat Lazim)

Terngiang-ngiang di telinga kami Paklong Mat Lazim bercerita kisah di zaman askarnya, bersama rakan-rakan seplatun, memburu pengganas kominis 15 hari 15 malam dari Air Kala di Banjaran Bintang hingga ke belantara Ijok, Perak.

Kami pun tak berapa tahu sangat Ijok ini di mana, kalau type kat google map pun tak ada, cuma keluar Ijok di Selangor sahaja - hmm, mungkin lepas ke dalam sangat kot Ijok, Perak ini.

Sembang pi sembang mai, seorang sahabat mencadangkan program JJMS kali ini diadakan di kawasan Ijok, yg terletak dalam daerah Selama, Perak.

(Riki di pedalaman Ijok bersama team NGO Wargakilang)

Rupa-rupanya, Ijok ini tak berapa jauh sangat - sekurang2 nya untuk saya yang dilahirkan di daerah Baling, Kedah ini; Baling dan Ijok ini rasanya cuma dipisahkan oleh Banjaran Bintang sahaja. Pun begitu, seumur hidup saya tak pernah menjejak kaki ke sana, hinggalah sewaktu riki bersama rakan-rakan NGO Wargakilang baru2 ini.

Kelihatannya, seperti juga org2 kampung di pedalaman Baling, rata-rata penduduk di sini adalah keluarga penoreh getah atau pun kerja kampung.

(Merentasi denai kampung hampir 1 km utk ke sebuah rumah penerima)


(Caruk sungai di belakang rumah, landscape impian untuk mereka yang tinggal di kota)

Antara yang paling menarik, dan kami pun tidak sangka, rupa-rupanya di bumi Ijok ini terdapat sebuah air terjun yang sesetengah orang panggil Air Terjun Lata Puteh, yang merupakan air terjun yang ke-3 tertinggi di Asia Tenggara.

(Pemandangan dari salah sebuah rumah penerima, jelas kelihatan Air Terjun Late Puteh, nun jauh putih menyerlah di belakang sana)
                    
 (Dalam perjalanan ke rumah yang lain, kami mengambil kesempatan singgah di kaki Air Terjun ini)

Waktu nak bergambar ini, seorang sahabat kata "kita duk amik gambaq nie, nanti orang kata kita riak nak menunjuk pula".  Saya kata:

"Biaq pi lah orang nak kata apa, tapi kalau gambar-gambar ini mampu menarik kawan-kawan ikut mai bawa beras dan beg sekolah untuk orang-orang kampung yg miskin tertekan dengan kos sara hidup yang makin meningkat ini, kira alhamdulillah lah!!"

 (Tapi, memang betul pun, tempat ini memang menarik, kalau yang kaki ambik gambar, memang boleh terleka, cumanya di sini kami tak pula temui kawasan resort tempat tinggi seperti di Genting Highland)

Pun begtiu, nun jauh di kaki bukit sana, kehidupan penduduknya tidaklah seindah pemandangan alam dari atas sini.

(Pakcik Lias dan Isterinya yang tampak keletihan, terpaksa terus menoreh getah walaupun masing-masing sudah dimamah usia - terutamanya kerana di bahu merekalah bergantungnya makan minum 4 orang cucu mereka yang masih bersekolah)

 (Rumah ini masih menggunakan dapur kayu, sesuatu yang mungkin asing bagi anak-anak di kota)

(Kayu-kayu hutan yang sudah dibelah, berjemuran di hadapan laman sebagai sumber bakar seharian)

Antara keluarga yang tidak kami lupakan ialah rumah Abang Nan, walaupun cacat OKU sejak lahir tapi tidak mengharapkan simpati orang. Dengan kudrat yang ada, alhamdulillah mampu membesarkan 4 orang anak2 nya yang masih bersekolah dengan mengambil upah membaiki motorsikal di bengkelnya.

 (Bukan saja Abang Nan cacat OKU sejak lahir, anaknya yang darjah 3 ini juga mewarisi cacat yg serupa)

Selain keluarga Abang Nan, ada satu lagi keluarga yang saya secara peribadi rasa ralat dan tersentuh sangat-sangat. Lupa nak tanya nama penuh ayah budak-budak ini, tetapi di sinilah, tak jauh dari kaki Air Terjun yg ke-3 tertinggi di Asia Tenggara inilah, tinggalnya sebuah keluarga dengan 5 orang anak, yang bongsu  bayi 3 bulan, dalam sebuah rumah berdinding plywood tanpa ada bilik tidur di dalamnya.

(Sewaktu kami tinggalkan keluarga ini, sayup-sayup terdengar si bayi 3 bulan itu menangis mendayu-dayu, tak pastilah kerana tiada susu atau pun sakit digigit nyamuk rimba)

Sesekali tanpa diundang, terlintas juga di padang pemikiran saya ini, kaum polikus di atas sana, yang selalu bertingkah sakan di dewan parlimen yang mulia itu, pernah berkunjungkah mereka ke rumah rakyat marhain seperti ini?

Sekian, sedikit perkongsian kisah perjalanan kami di pedalaman Ijok dalam ruangan yang agak terhad ini.

Kepada rakan-rakan yang berminat ingin berkonvoi (boleh bawa family), dipersilakan join kami dalam program JJMS di Ijok, Perak nanti, iaitu pada tarikh 8 Dec 2013.

(Insyaallah kita akan berkelah bersama keluarga di sepanjang aliran sungai di hutan dara ini)

Kepada yang berminat, bolehlah bawa mai brg2 sumbangan berupa peralatan persekolah seperti beg, alatulis dll dan juga barang2 keperluan harian seperti beras, gula, tepung, kopi susu minyak dan sebagainya. Bawalah sorang sikit, sampai di tempat berkumpul nanti kita akan kumpul ramai-ramai dan agih-agihkan kepada keluarga-keluarga yang berkenaan.

Untuk tujuan logistics dan koordinasi, bolehlah SMS kepada saya at Monier 012-4128209.
Details akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

Moga kerja buat kita ini akan dikira sebagai amal jariah yang berkekalan; dan mudah-mudahan kita semua akan diganjarkan dengan imbalan yang setimpal di sana kelak. Insyaallah.

13.11.13
facebok/wargakilang



WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Sekolah di Tganu

$
0
0

Persediaan program JJMS Wargakilang masuk kg di Ijok, Perak membantu keluarga miskin menyediakan prasarana anak2 masuk sekolah, alhamdulillah sedang berjalan lancar.

Entah kenapa bila berbicara mengenai program Wargakilang masuk kg membantu persediaan persekolahan ini, padang ingatan saya mesti teringatkan wajah2 anak2 dari keluarga miskin/susah yg kami temui dlm expedisi NGO Wargakilang masuk kg di kawasan perkampungan Nelayan di Kuala Kemaman, Terengganu di awal tahun 2012 yg lalu.


Kemiskinan yg diwarisi di perkampungan nelayan ini hampir sama simptonnya dengan kemiskinan yg kami temui pada keluarga penoreh getah di negeri kedah, kelantan dan utara perak.


Kalau di Baling, Kedah penoreh terpaksa berhutang dgn Tauke getah waktu musim hujan kerana tidak dpt menoreh, dan melunas kembali bila cuaca pulih; kami diberitahu keadaan yg sama berlaku pada keluarga Awak-Awak Nelayan di Kuala Kemaman ini, berhutang dgn Juragan di musim tengkujuh dan melunaskan kembali bila dpt turun semula ke laut.

Sama saja kedua2nya, hidup miskin susah dan sukar sepanjang masa. Tahun lepas saya diberitahu oleh sahabat saya, sdra Azman Ketua Wargakilang Terengganu, ada cikgu sekolah bagitau ada anak muridnya mula daftar masuk kelas hanya selepas beberapa minggu sekolah dibuka. Sebabnya: tak dok pittih nak beli baju kasut beg sekolah.

Bila dapat bantuan kerajaan RM100 hari tu, barulah ayahnya gie beli baju kasut beg sekolah, hantar anak masuk sekolah. Kesian!

Saya tak pasti keluarga mana satu yg cikgu itu maksudkan, tetapi berdasarkan data base yg ada pada sdra Azman, rata-rata keluarga nelayan khususnya yg kerja dgn bot orang, begitulah keadaannya. Kesian sungguh, anak2 tak dapat pi sekolah sebab tak ada duit nak beli baju kasut dan peralatan persekolahan.

Ini adalah typical rumah nelayan di Kuala Kemaman, foto gambar ini sendiri mampu menceritakan sendiri kesukaran hidup tuan rumah dan anak-anaknya.



Ini pula adalah sebuah keluarga Ibu Tunggal anak 7 yg kami temui di antara deretan rumah papan di perkampungan Nelayan ini. Bagaimanalah agaknya si Ibu yang hanya mengambil upah menjahit menyediakan peralatan persekolahan anaknya tahun ini?

Tahun ini, saya duk ingat nak ajak Azman bantu mana-mana keluarga yg kami mampu, tapi kami sendiri dana tak berapa ada. Maka itu, kot kalau sesiapa yg ada rezeki lebih dan berminat nak membantu, bolehlah hubungi sahabat saya ini, sdra Azman Alias di Kemaman, Terengganu untuk maklumat lanjut.

Beliau ada bagi akaunnya Maybanknya 163028656668.
Tel: 0139179989 Azman Alias

Moga kerjabuat kita yg tak seberapa ini ada manfaatnya buat keluarga2 ini.

Tkasih.

moniermatdin@yahoo.com
28.11.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang


Jln-Jln Musim Banjir: Kemaman 2013

$
0
0


Kejap tadi, bila terbaca satu posting dlm FB yang dikongsi oleh seorang sahabat drpd Facebook Bandar Cukai Kemaman di bawah ini:



Saya jadi terpana, bukannya rasa bangga, tapi rasa rendah diri yang amat sangat, terus teringat kata-kata Tuan Guru Ustaz Hj Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir kepada kami di NGO Wargakilang sewaktu kami berkunjung ke Pondoknya nun jauh di pedalaman Sik, Kedah. Kata beliau lebih kurangnya:

“Teruskan dengan kerja amal kalian semua ini, insyaallah NGO Wargakilang ini menjadi wasilah yang melaluinya doa orang miskin dimakbulkan”

Maksudnya, bila ada orang miskin atau pun orang yang susah dan mereka yang terhimpit berdoa sama ada melalui kata-kata atau pun terlintas di hatinya rasa, insyaallah doa mereka itu dimakbulkan melalui insan lain yang tergerak nak bagi sumbangan dan minta kami sampaikan. Makna kata, kami ini di NGO Wargakilang hanyalah sebagai posmen.

Dan atas dasar sebagai posmen itu jugalah, pada hari ke-3 banjir besar melanda Kuantan dan Kemaman, yang disebut oleh sdra Azman Alias, sahabat saya Ketua NGO Wargakilang Terengganu sebagai yang paling buruk dalam masa 45 tahun usia beliau ini, terlintas di hati saya nak turun pi Kemaman hantar bantuan.
Alhamdulillah penuh kereta Triton saya itu luar dalam sumbangan brg2 dari kawan2.




Mendapat khabar jalan di Chendor yang menghubungkan Kemaman dan Kuantan terputus, kami memilih untuk bergerak ke sana melalui Kelantan yang memakan masa 9 jam berbanding 7 jam jika ikut PLUS Hi-Way thru Genting Highland.


                              (Gambar di Jambatan retak di tengan bandar Kemaman)


(Ini gambar pintu gerbang di sempadan Kemaman/Kuantan sewaktu kemuncak banjir)

Sekeping gambar ini punya 1001 cerita.

Sewaktu tiba di lebuhraya LPT Bukit Besi, saya mendapat distress call daripada orang rumah di Kedah, yang mendapat call daripada adik ipar saya di Kuantan, yang mendapat call daripada kakak iparnya di Gong Limau, Kemaman bahawa mereka sudah hampir keputusan bekalan makanan kerana terperangkap di Bandar Kemaman yang sudah menjadi pulau.

Keluarga ipar saya ini, bekerja bisness sendiri yg diusahakan secara kecil-kecilan oleh Abg Ipar saya – betul2 di deretan rumah kedai di hadapan pintu gerbang itu. Bila rumah kedai itu tenggelam, mereka terkepung pula di rumah sendiri di Gong Pauh. Masalahnya, rumah mereka tidak dinaiki air, maka tidak layak menerima bantuan drpd pusat pemindahan.

Dengan kedai2 ditutup dan bekalan makanan kian duk habis, tak tau bila air nak surut; bila saya bawa pi beras yg saya beli di Dungun (tak bawa mai dari Kedah, bawa roti biskut dan makanan ringan aje, ingatkan banjir biasa), Kakak Ipar saya dalam gambar ini macam nak menangis bila dapat bekalan sebanyak ini untuk dikongsi dengan jiran2nya yang mana ada.



Menurut saudara Azman, pada hari pertama dan kedua banjir melanda, antara yang teruk terkepung ialah Kg Paya Berenjut (ejaan?). Semua penduduk berpusu-pusu berlindung di Masjid yang masih selamat. Bayangkan: ada 1000 lebih penduduk – tapi beras cuma ada 60 kg dan sardin 2 kotak (mungkin 2 dozen rasanya); mereka memasak dan berkongsi makan mana yang ada.

Pertolongan Tuhan di kala benar2 terhimpit bangkali, saya dimaklumkan waktu tu juga secara kebetulan ada lori Roti Gardenia – 3 BUAH - tersangkut dalam banjir di area tak jauh dari situ (dekat kawasan pintu gerbang di Chendor ini rasanya). Bila sudah lama sangat tersangkut, driver lori minta penduduk ambik semua roti itu. Kata sdra Azman:

“Alhamdulillah, roti-roti itu boleh bagi makan oenduduk Paya Berenjut, Chendor dan lain2 lagi”

Masyaallah ketara sungguh pertolongan Tuhan bila mana manusia memilih untuk berlindung di rumahNya.

Dalam masa yang hampir sama juga ada lori telur tersangkut dekat kawasan yang sama. Tauke suruh driver dia lelong telur gred A yang berbelas ringgit itu tinggal 9 sepuluh ringgit saja sepapan.



Sdra Azman beli RM200, dan rakan2 kami di NGO Wargakilang tolong agih2 kan kpd mangsa banjir yang ada. Seronok tak kira mereka dapat telur sepapan dan minyak masak pula.

Malam itu, waktu kami tengah duk makan Maggie dan nasi bungkus yang kami beli dalam perjalanan ke Kemaman, tiba2 letrik terputus. Kesian mangsa banjir ini, macam manalah kalau ada yang ada anak kecik, tak ada letrik, terputus susu, tak ada pampers dan sebagainya.



Sebab nak rushing balik Utara kerana kami mai ini pun untuk riki sahaja, nak tengok apa yang boleh dibantu, malam itu juga kami rush balik ke Utara – melalui Kuantan, merentasi pintu gerbang dalam gambar di atas kerana kami dimaklumkan sebelah jalan sudah boleh dilalui oleh kereta 4WD.

Masalahnya letrik tak ada lampu jalan tak ada, risau juga nak redah air yang hampir sama paras dengan badan kereta ini. Saya tak berapa pandai bawa 4WD, duk pakai pi kerja saja tak biasa redah air bah besar macam ini; sahabat saya sdra Zaidi amik alih, dia berenti sat dulu, tadah tangan, saya nampak kumat kumit beliau berdoa –tak taulah doa apa yang beliau baca, bila dah habis, dia boh 4WD, tekan minyak dan kami meluncur ke depan – tak nampak apa cuma pantulan cahaya lampu kereta di permukaan air bah yang sejauh mata memandang.

Akhirnya sampai juga di sebelah sana pintu gerbang, kawasan cetek – di situ, tak ada Polis tafik jaga, tak ada Rela, tak ada JPAM, tak ada FRU – yang ada hanyalah dua orang anak Muda, dari kampung sekitar situ rasanya membantu mengawal lalulintas, kenderaan ringan mereka tahan tak bagi masuk, de-tour ke jalan lain, kalau tak ada mereka pasti banyaklah kenderaan kecil yang terkandas dalam banjir di Chendor itu.



Kami salute brader-brader ini, saya minta Zaidi berenti kereta, saya pi jumpa depa, pi salam dengan depa, bagi air mineral sorang sebotol, saya kata:

“TAHNIAH – DAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEBAB BERSUSAH PAYAH TOLONG JAGA JALAN INI WALAU PUN TAK DAPAT APA !!”

Mereka senyum saja. Kami amat berbanggga dengan sukarelawan yang tidak bernama seperti ini, Banjir dan bencana alam seperti ini kadang2 mampu menyerlahkan yang terbaik dalam masyarakat kita. Moga lebih ramai lagi volunteer seperti ini akan lahir di antara kita.

Bagi kami di NGO Wargakilang, insyaallah pada 14 Dec ini kami akan ke sana lagi.

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
10.12.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang

WARGAKILANG: JJMS Ijok Perak 2013

$
0
0
Alhamdulillah seperti yang dirancang, team NGO Wargakilang berjaya mengadakan program JJMS (Jln-Jln Masuk Kg membantu menyediakan peralatan Sekolah) untuk anak-anak keluarga miskin/susah di kg-kg pedalaman, kali ini di beberapa buah kampung di Ijok, Perak.



(Hampir 250 orang peserta dengan lebih 50 buah kenderaan perlbagai jenis berkumpul di parking lot ADTEC, Mahang, seawal pagi).

Terima kasih kepada pihak pengurusan ADTEC Mahang yang bukan saja sudi memberi kebenaran kami berkumpul di situ, tetapi juga turut menyediakan minuman pagi dan turut serta menghantar 2 buah Van kakitangan mereka menyertai expedisi ini.



(Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khaidir, dari Jabatan Zakat, Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Kuala Lumpur)

Terdahulu kami telah dihubungi oleh Jab Zakat BKRM mohon kerjasama untuk menyalurkan bantuan zakat kpd keluarga yang layak, tapi modus operandi NGO Wargakilang, kami lebih suka penyumbang mai sendiri sampaikan sumbangan. Maka itu, dlm expedisi JJMS ini, Ustaz Khaidir dari BKRM pusat join kami bersama lebih kurang 15 kakitangan BKRM cawangan terdekat, Bagan Serai Perak kalau tak silap.



(Dr Subri, topi coklat Timbalan Rektor UiTM P Pinang dan Dato Ariffin, topi biru dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri P Pinang - antara dua wajah regular yang sering bersama program JJMK Wargakilang - berpangkat dan berkedudukan di tempat kerja tapi begitu humble dan bersahaja membantu mengangkat brg2 mana yang ada)



 (Konvoi lebih 50 buah kenderaan membelah keheningan pagi desa pedalaman)


 (Untuk penerima yang rumahnya berhampiran jalan besar, parking kereta agak selesa)



(Untuk rumah yang agak jauh ke dalam, tiada pilihan, terpaksa parking bersesak-sesak di mini tar kampung)



(Berbaris panjang merentasi denai kampung menuju ke sebuah rumah penerima nun jauh di kaki rimba)



(Petugas Wargakilang membantu peserta merentasi titi papan yang sudah melengkung ke dalam menanti retak)



(Yang bawa anak kecil pun ramai juga)

Di Wargakilang, kita memang menggalakkan para peserta membawa family, buat kerja amal sambil mendedahkan anak-anak dengan charity work dan kerja kebajikan serta suasana kampung yang sebegini.



(Memang kelainan yang amat sangat memanjat denai bukit antara hutan getah, pokok rimba, dusun buah dan juga kawasan bendang ini – penat namun begitu mengasyikkan)



(Akhirnya tiba juga di sebuah rumah terpencil ini; tinggal di dalamnya keluarga 7 beranak nun jauh di kaki rimba)

Peserta expedisi bersesak-sesak berdiri di sudut mana yang ada di ruang hadapan rumah yang agak sempit itu. Rumah ini memang jauh ke ulu, lepas ke dalam menghimpit ke kaki rimba, bukan atas tanah sendiri pun, atas tanah rezab saja.

Bila saya buat lawak tanya ada HARIMAU ke Abang kat rimba belakang rumah ini; terus Abang Zaini cerita kisah dua tiga tahun lepas, dia terserempak dengan sang HARIMAU dalam hutan atas bukit belakang rumahnya. Saya tanya apa dia buat bila nampak HARIMAU itu, dia cakap; dia lari lintang pukang tak toleh belakang dah.

Tu dia aih – tak sangka lah pulak perjalanan kami masuk kg kali ini menghimpit sampai ke ulu dalam sampai tara ini, hingga ke tempat adanya HARIMAU !!

Setelah memberi sumbangan barangan keperluan harian dan juga beg sekolah dan alatan persekolahan kami pun beredar pulang, meninggalkan keluarga ini meneruskan rutin harian mereka di desa terpencil ini. Tak boleh bayangkan setiap hari Abang Zaini duk ulang alik naik mutu merentasi jalan hutan ini menghantar anak2nya ke sekolah.



(Dibantu oleh 15 orang Marshal bermotosikal, kami bergerak ke kampung yang lain pula)


(Ada sahabat cakap, dlm banyak route yang kami lalu hari itu, jalan di tepian bendang inilah yang paling mengasyikkan sekali)



 (Apatah lagi, nun jauh di kaki bukit sana, jelas terpancar aliran air terjun Lata Puteh – yang merupakan air terjun yang ke-3 tertinggi di Asia Tenggara)

Perjalanan masuk kampung bersama NGO Wargakilang kali ini antara yang teramai di luar musim bulan puasa. Bulan Puasa memang ramai, hari tu 120 buah kenderaan ikut kami masuk kg di Nami, Sik Kedah.



(Macam-macam color ada, Biru team Bank Rakyat, Merah mahasiswa/I UiTM Pulang Pinang, Ungu/Biru staff ADTEC Mahang, Oren Wargakilang dan lain-lain. Memang meriah).

Semua dengan satu tujuan – nak buat kerja amal.

Dalam banyak-banyak penerima, saya rasa yang paling teruja sekali ialah Pak Sahak dari Kg Sungai Simpul.


 (Rumah Pak Sahak sebagai Pusat Agihan di kampung ini)


(Sdra Idris dari kilang Jabil mewakili rakan2 menyampaikan sumbangan kpd Pak Sahak)

Pak Sahak, anak 11 ORANG. Hat sulung di Mesir, no-2 di Jordan, no-3 Tahfiz di KL, hat lain sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang bongsu pula baru sebulan rasanya. Bijak-bijak belaka anak Pak Sahak, kami dimaklumkan yang score no-1 di Sek Sungai Simpul anak-anak Pak Sahak lah. Yang kagumnya, w/pun cuma kerja kampung dan amik upah buat/baiki rumah kg sikit-sikit, Pak Sahak mampu hantar anaknya belajar di Mesir dan Jordan. Bila tanya macam mana beliau sara anak2nya di luar negara, tanpa segan silu Pak Sahak cakap “Minta sumbangan kat kawan-kawan”. Hantar belanja anak2 nya apa yang ada; bergilir2; bulan ni hantar ke Jordan bulan depan hantar ke Mesir, macam tu lah.



(Pak Sahak sedang membelek wang sedekah dan duit zakat yang kawan-kawan hulurkan – cukup kot perbelanjaan anak2nya di Mesir dan Jordan dua tiga bulan ini)


(Seronok tak sangga, senyum sampai ke telinga Pak Sahak menerima sumbangan wang zakat daripada En Rohainizam, Pegawai Bank Rakyat dari cawangan BKRM Bagan Serai)

Sebetulnya, ini yang membuatkan kami di Wargakilang seronok buat kerja amal ini, seronok yang tak reti nak habag bila tengok para penerima seperti Pak Sahak ini gembira, tersengih sampai nampak GUSI.

Bagi saya pula, tiap kali masuk kg program Wargakilang ini, mesti ada satu dua kisah yang akan tinggal membekas di hati. Untuk perjalanan di pedalaman Ijok Perak ini, ada 2 benda yang tak mungkin saya lupakan dari lubuk hati.

Pertama: Dalam perjalanan keluar hutan, pulang dari rumah Abang Zaini di kaki rimba tempat Pak Belang bertapa itu, ikut bersama saya ialah Makcik yang tinggal bersama Abang Zaini, Ibu Saudara beliau kalau tak silap. Bila sampai di kawasan hutan getah yang ada pokok rumbia ini, terus saya teringat kenangan bersama arwah ayah sewaktu kecik-kecik dulu; ikut arwah masuk hutan Bukit Lamu pi cari umbut TEPUH, selalu duk jumpa hutan getah berselang dengan pokok rumbia hutan macam ini, biasanya kawasan macam itu mesti ada ular – ULAR SAWA.

Terus saya tanya Makcik ini, kat sini ada Ular Sawa ka Makcik?

Makcik itu itu jawab, ha ada baru- kemarin dulu rasanya Makngah yang menoreh getah sini nie jumpa ular sawa, kat sini la – ular sawa itu lari masuk celah-celah pokok rumbia ini.

Tu dia aih, bukan setakat ada HARIMAU – ULAR SAWA pun ada. Memang lepas ke dalam sungguh la tempat ini.

Yang ke-2: Keluarga En Amri dalam gambar di bawah.

Seperti biasa dalam semua JJMK Wargakilang, sebagai MC saya akan sampai dulu untuk interview keluarga penerima, sebagai habuan modal untuk saya cakap dan bagi taklimat kepada para peserta nanti. 

Dlm banyak2 keluarga, keluarga inilah yang saya rasa saya akan pi lagi dalam masa yang terdekat. Saya tak reti nak tulih macam mana, cuma nak habagnya bila saya interview isteri En Amri ini (suami tak mai, pi kerja menebas rasanya), bila tengok beliau bergenang air mata, saya jadi tak sanggup nak tanya banyak2.


(Isteri Puan Amri dan 7 orang anak-anaknya, dua org tiada dalam gambar)

Bayangkan, pendapatan keluarga ini hanyalah sekitar RM500 sebulan, nak kena tanggung 9 orang anak, yg semuanya kecik2 belaka masih bersekolah. Hat bongsu 1 tahun (tiada dlm gambar), bersusun-susun selang 2 tahun hinggalah ke yang sulung. Ayah budak-budak ini kerja kampung sahaja, maksudnya kerja ikut orang ajak. Katakan bangun pagi esok, ada orang ajak pi tebas dusun durian, dia pi lah tebas dusun durian, dapatlah kot RM20 sehari. Lusa pula, bangun tidur, tak ada orang ajak buat kerja apa-apa, tak masuklah income keluarga ini untuk hari itu. Pendapatan mereka bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kakak ini cerita kat saya dalam keadaan air matanya sebak ditahan-tahan, mereka satu keluarga pernah 2 HARI tak makan NASI, hanya makan biskut kering cicah air saja – sebab apa? – sebab tak ada DUIT nak beli BERAS !! Saya tanya anak pompuan dia hat umur 15 tahun itu, betul ke apa yang mak dia cerita itu, dia angguk kepala, ya memang betul.

Kerana tak DUIT juga lah, kakak ini cerita kat saya, budak2 itu terpaksa ponteng sekolah, bukan sehari dua, kadang2 sampai sebulan, surat amaran daripada pihak sekolah pun dah dapat dah. Entah la – tak tau nak tulih apa dah, makin tulih nanti jadi emosi pula.

Terima Kasih banyak-banyak lah sesiapa yang ikut kami masuk kg dalam program JJMS Wargakilang di Ijok ini. Insyaallah besar manfaatnya buat para penerima dan juga kita semua.

Lain kali, janganlah serik nak join kami lagi.

Tkasih

Moniermatdin@yahoo.com
12.12.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang .

WARGAKILANG: Kemaman Pasca Banjir

$
0
0

Pada hari ke-2 ke-3 banjir saya turun ke Kemaman dari Kedah melalui Kelantan kerana jln dari Kuantan terputus hubungan. Saya turun bersama seorang sahabat dari skuad Riki NGO Wargakilang untuk mai melihat sendiri keadaan banjir untuk dilapurkan kepada AJK Wargakilang di Utara bagi tujuan bantuan dan sumbangan susulan.

Waktu itu, saya merasa amat terkilan kerana kenderaan 4WD saya tu cuma membawa air mineral dan barangan kering seperti biskut, maggie dan sebagainya, tapi tak bawa beras, sedangkan setibanya kami di Kemaman hari jumaat hari tu, keperluan utama mereka yang terkepung dan yang berlindung di tempat yang agak selamat hari itu ialah beras dan makanan keperluan yang lain kerana kedai2 ditutup dan terputus bekalan dari luar.

Seminggu selepas itu, pada hari ke-9 ke-10, saya ke Kemaman sekali lagi, kali ini bersama hampir 20 buah kenderaan berbagai jenis dari Utara dan juga Lembah Kelang, bersama sahabat-sahabat saya dari NGO Wargakilang, yang turut disertai oleh sekumpulan sukarelawan dari NGO Pembela, Sungai Petani Kedah  dan orang2 perseorangan.

(Dari Utara dan KL ke Kemaman, kebetulan ada kawan bawa bendera Penang, habis semua kenderaan jadi orang Penang - nak bagi mudah cam kereta kawan)

(Oleh kerana ruang yang agak terhad dan tanah pun masih becak berair, barang2 disusun di atas mini tar jalan, dan semua penerima dipanggil sorang-sorang, beratur di hadapan barang masing2)

Terima Kasih kpd kwn2 yg menyumbang, kami hanyalah posmen tukang hantar barang.

 (Menyampaikan sumbangan kpd salah seorang penerima)

Bila saya tanya Makcik ini, ramai ka yang datang bagi sumbangan? Dia cakap, adalah jugak tapi ini pertama kali ada orang bawa mari telur.


Sebetulnya melalui perbualan saya dengan penerima yang lain, sumbangan dalam bentuk barang2 makanan walaupun tidaklah berlebih-lebih seperti kain baju terpakai, tetapi setakat ini ramai dah NGO dan juga pertubuhan politik yang duk hantar sumbangan barang2 makanan kpd mangsa banjir ini.

Bukan kata mereka sudah tidak perlukan sumbangan makanan tetapi barang yang amat mereka hargai sekarang - kalau ada orang sudi nak bagi - ialah barangan kelengkapan rumah seperti tilam, selimut, bantal, pinggan mangkuk dll yang rosak teruk akibat banjir yang paling teruk seumur hidup bagi kebanyakan mereka.


 (Nun - garis air dua kali ganda ketinggian saya. Bukan yang atas jari tu, tapi yang di hujung atas sana)

Macam manalah nak selamatkan anak-anak isteri saya ini kalau tiba-tiba terperangkap dalam air banjir dengan ketinggian setara ini.

Yangdi bawah ini lagi teruk, banjir hampir mencecah bumbung atap. 

(Yang ini mungkin 3 kali ganda ketinggian saya - tak boleh nak imagine)

(Bila lihat paras air banjir hingga ke bumbung atap ini, barulah rasa logik bila depa habag air naik sampai cucur atap itu)

Meringkaskan cerita, banjir ini memang yang paling dashyat untuk sekurang2 nya sepanjang usia 45 tahun sahabat saya, sdra Azman Ketua NGO Wargakilang Terengganu. Kemusnahannya bukan saja pada harta benda tetapi juga hutan dan pokok-pokok kayu sekitar.

(Dlm perjalananan ke Kg Pasir Gajah, kami melihat pemandangan yang mengerikan di kiri kanan jalan, jelas boleh dilihat paras air banjir hingga ke puncak pokok)

 (WARNA banjir - Putih dan Kelabu, terasa macam dalam cerita Zombie Hollywood lah pulak)

(Atap dapur rumah yang sudah sedia usang, tersembam ke bumi, entah bila boleh dibaiki)


(Sampah sarap bercampur baur antara perabut, barang mainan, kain baju, dan juga buku2 sekolah bergumpalan menjadi satu - pemandangan yang sama yang kami temui sepanjang perjalanan kami di bumi Kemaman)

Ada seorang kakak itu bagitau saya, dia rasa macam nak pengsan bila pulang ke rumah selepas banjir surut, pinggan mangkuk dan perabut serta barang2 di dalam rumahnya berterabur dan berselut sini sana seperti tongkang pecah.

(Pemandangan yang sama di mana-mana rumah waktu di kemuncak banjir)

(Ini pula adalah Kakak Ipar saya, Kak Ani yang tak berapa nak boleh berjalan, cuma bertongkat kerana sakit gout lutut - diselamatkan oleh pasukan TENTERA di waktu banjir, menggunakan bot, kemudian diangkat naik ke atas Bulldozer ke pusat pemindahan. Tkasih diucapkan kpd anggota2 tentera yang berkenaan)

Waktu berkunjung ke rumahnya di Bukit Mentok, Kak Ani macam tak percaya air banjir boleh sampai ke rumahnya kerana sebelum-sebelum ini rumah Kak Ani di tempat yang agak tinggi ini tidak pernah dinaiki air; tiap kali banjir jiran2 ubah kereta pi letak kiri kanan rumah beliau. Kali ini semua tenggelam, saya kira ada 6 buah mayat kereta masih tersadai di situ. Nak habag kata, banjir kali ini memang teruk.

Ada sesuatu yang menarik perhatian saya sepanjang duk agih pi bagi bantuan ini; dari kampung di pedalaman (Pasir Gajah, Seberang Tayor dll) hinggalah ke kawasan kampung berdekatan pekan Chukai serta taman-taman sekitarnya, seolah-olah ada pertandingan menjemur karpet dan juga tilam.

(Sebuah rumah di kampung pedalaman, karpet baru dan usang bersidaian di jemuran)

(Menjemur tilam - entah bila nak kering, hujan memanjang)

(Tilam dan karpet di mana-mana)

 (Hatta kat tempat kami agihkan barang2 pun, boleh jelas dilihat tilam ada dijemur di situ)
(Ini tilam yang agak besar dan tebal sikit - mungkin melambangkan status pemiliknya)

(Ini tilam tak boleh pakai dah - beyond repair rasanya)

(Tilam lagi di kiri kanan jalan) 

 (Saya nak pi gambar paras air, kat situ pun ada Tilam juga)

Meringkas ceritanya, tilam bantal dan selimut adalah keperluan utama mereka di era pasca banjir ini.

Benda ini saya baru perasan bila turun ke Kemaman pada hari ke-9 ke-10 banjir ini, waktu kebanyakan mangsa banjir sudah boleh pulang ke rumah masing-masing. Bukan saya seorang saja yang perasan, rupa-rupanya Tauke Tilam pun perasan jugak, cuba tengok dalam gambar salah sebuah kedai tilam di bandar Kemaman.  

(Nala punya banyak - susun sampai ke siling. Hat dalam plastik warna pink itu bantal, berlambak2 duk ada)

Nak kata Tauke Tilam ambik kesempatan pun tak lah juga, harganya saya cek lebih kurang ja dengan harga di sebelah Kedah ini, cumanya kesianlah kat mangsa2 banjir itu, dalam keadaan segala makneka rosak, manalah nak pi cekau wang ringgit nak pi beli tilam2 dan bantal selimut yang baru semua ini.

Mungkin sebab itu kot bila kami bawa turun beberapa bijik tilam yang dibawa mai jauh dari Sungai Petani oleh team NGO Pembela (baju biru) dan sdra Hatta (Artcon Enterprise), berbaju lengan hitam - seorang Businessman dari Kedah ini, makcik sebelah kanan dalam gambar ini amat2 teruja.

(Siap Makcik ini boleh sound semua orang kat situ, sesiapa yang dah dapat TOTO tak boleh ambik Tilam)

Kebetulannya kami bawa sikit ja TOTO, keutamaan untuk mereka yang ada anak kecik.

Bila saya tanya Makcik ini, ada ka sesiapa bawa masuk mai (bagi bantuan) tilam kat depa ini.

Dia cakap:

"Ada - siap bawa masuk dengan lori lagi !!"

Oooo - ada rupanya. Kumpulan mana itu Makcik?

"Tauke Tilam - masuk kampung mari jual tilam !! "

Macam tu ka?

Meringkaskan karangan, di era pasca banjir ini, kepada mana-mana kumpulan yang berminat ingin membantu mangsa banjir di Kemaman ini, tak payah bawa mai makanan pun tat pa kot (kain baju memang dah over supply), kalau tak mampu nak bawa mai Tilam, boleh la bawa mai TOTO, Bantal dan Selimut.

Insyaallah mereka amat menghargainya.

Moga kerja buat kita memberi sedikit keselesaan kepada mereka ini akan diganjarkan dengan keselesaan yang berlipat ganda sewaktu kita semua sedang bersesak-sesak menunggu giliran di Yaumul Masyhar nanti.
Mudah-mudahan.
Terima Kasih.

17.12.13

WARGAKILANG: Kemaman Pasca Banjir

$
0
0

Petang semalam on the way balik kerja dengar berita Radio, banjir besar yang terburuk dalam masa 90 tahun sedang melanda negara Brazil, banyak rumah  hanyut dan jambatan runtuh, berpuluh kematian dilapurkan. Terus teringat Kemaman yang saya dan kawan2 di NGO Wargakilang turun pi melawat dua hari lepas, kali ke-3 sejak banjir besar melanda daerah itu. Terfikirlah juga, Kemaman/Kuantan dan Brazil Darulbola ini berada dalam garisan khatulistiwa yang sama, ada petanda ka yang Tuhan nak habag mai? Kutub dunia sedang berubah ka? dll - wallahu aklam. Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui.

Bagi kami di NGO Wargakilang pula; orang kata banjir besar ini sebagai amaran dari Allah SWT ka, angkara green-house-effect ka, paksi bumi berubah ka apa ke bala ka - bila melihat dengan mata kepala sendiri, turun pi lihat sendiri penderitaan mangsa banjir yang berhadapan dengan musibah bah besar yang terburuk dalam sejarah hidup mereka ini, kami merasa bertanggungjawab untuk turun pi bantu.

(Sungai Air Putih pasca banjir - di kemuncak banjir, air naik hampir mencecah pucuk pokok yang paling tinggi itu)

Seawal hari ke-2 ke-3 lagi, kami sudah turun ke sana, masih saya ingat lebih kurang jam 11 malam tanpa lampu jalan kerana bekalan letrik terputus, kereta Triton 4WD saya tu membelah air banjir melalui jalan pintu gerbang yang menghubungkan Bandar Kemaman dan Kuantan yang terputus waktu tu, sedikit surut waktu kami ke sana, hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

Hari ke-10 kalau tidak silap, kami ke sana lagi bersama konvoi hampir 20 buah kenderaan membawa sumbangan barang2 makanan ke Kg Seberang Tayor, Pasir Gajah, Pasir Minal dan juga di Bukit Mentok.

Cuti hari Krismas 25-Dis, setelah hampir 3 minggu banjir berlalu, kami ke sana lagi; asalnya untuk program agihan perkakasan tidur anjuran Wargakilang bersama ANSARA Kulim.  


Tak sangkalah pula, perjalanan kami kali ini menemukan kami dengan pemandangan tragis, rumah-rumah yang hancur runtuh tersemban ke tanah dipukul banjir. Boleh nampak tilam2 dan perkakasan rumah antara sisa-sisa runtuhan tersebut, terbiar begitu saja sudah tidak mampu diselamatkan. Pemandangan begini tidak kami temui di kawasan-kawasan perumahan berhampiran bandar waktu trip yang pertama dan ke-2 hari itu.


Rumah yang agak kukuh pula, walaupun terselamat tetapi walau sudah pun hampir 3 minggu berlalu masih menunggu tilam/selimut/karpet kering di jemuran -atau pun mungkin tunggu nak dibuang saja.


Rasanya, sebulan lagi pun belum tentu tilam/katil/pinggan mangkuk dll ini dapat dibersihkan dan kawasan rumah ini pulih seperti biasa. Dlm suratkhabar/berita TV kata banjir dan pulih seperti sedia kala - realitinya, macam ini lah yang duk ada.


Rumah ini betul-betul terletak di tebing sungai Air Putih. Lantai yang saya berdiri ini ialah ruang dapur; habis dinding dapur dan bumbung rumah ini dihanyutkan air, tinggal lantai kayu ini saja yang masih kukuh di sini. Kalau ada orang kata banjir di Kemaman ini KECIK saja, buat apa duk bising-bising sangat, hat yang cakap itu dipersilakan turun mai ke kampung ini.


Orang putih kata, gambar boleh mewakili beribu-ribu perkataan. Rumah ini tinggal TANGGA sahaja.


Antara yang begitu sedih dan amat-amat komited membantu mangsa banjir ini ialah sahabat kami, saudara Azman Alias (berbaju putih oren Wargakilang), Ketua NGO Wargakilang Terengganu.

Azman, anak jati Kemaman ini ambik SEPULUH HARI CUTI untuk menumpukan sepenuh perhatian membantu mangsa-mangsa banjir in - antara sukarelawan sejati yang tidak tercatat nama-nama mereka dalam mana-mana berita pasal banjir di radio, suratkhabar mau pun TV.

Saya boleh nampak warna sugul di wajahnya tatkala beliau angkat dapur dan periuk nasi kat bawah tangga itu tunjuk mai kat saya, habis musnah apa yang ada. Masalahnya, tak ramai yang amik peduli, kalau ada pun setakat mai tangkap gambar dan pakat mai MELEPASKAN BATUK KAT TANGGA itu. Itu saja - apa pun tak ada !!

Di kemuncak banjir hari itu Azman call saya, dia tanya boleh ka duit sumbangan yang kawan-kawan bagi tu dia simpan sikit untuk beli beg dan peralatan sekolah untuk budak2 sekolah selepas banjir surut nanti. Saya kata, ok buatlah apa yang patut, janji niat hat orang yg bagi tu tertunai.


Pagi Cuti Krismas itu, sementara tunggu team ANSARA turun mai dari KL, kami sama-sama pack beg sekolah di rumah Azman. Boleh lihat wajah Azman (seluar coklat) yang hampir pancit keletihan membantu mangsa banjir sejak hari pertama lagi, tapi masih tak mau rehat dan sama-sama membantu kami packing beg-beg sekolah ini.

 Beg dan alatulis sumbangan kawan-kawan, bersedia untuk diagihkan.


Tuan Haji Fendi, Ketua Skuad Riki NGO Wargakilang yang dia sendiri tak berapa sihat, sakit ulser lidah dan tonsil, 5.30 petang turun mai dari Kulim sampai Kemaman hampir jam 2 pagi, tak berapa cukup tidur - sedang menyampaikan sumbangan.

Balik Utara sampai jam 4 pagi, esoknya MC sebab sakit tonsil dan ulser nya makin menjadi. Moga sakit Tn Haji dipermudahkan.


Sebahagian drpd penerima beg sekolah di Kg Seberang Tayor, ramai yang dapat turun mai, wakil kat Kak Mah (tuan rumah) saja. Boleh nampak - tak nampak pun senyum girang dan ketawa budak2 ini mcm di tempat2 lain yg Wargakilang pi bagi bantuan peralatan sekolah baru2 ini. Anak2 ini macam dalam trauma, macam dalam kesedihan, tak seronok tak enjoy, mungkin tengah duk berserabut dgn suasana luar dan dalam rumah yang masih lintang pukang bahana banjir ini.


Selepas Zohor, NGO Wargakilang menerima kunjungan wakil ANSARA Kulim bersama dua buah lori yang sarat dengan muatan tilam dan bantal untuk mangsa banjir. Kami difahamkan kosnya melebihi RM10,000. Kami diminta menjadi posmen tukang tunjuk jalan ke mana tilam dan bantal ini nak diagihkan.


Gembira tak sangga Makcik ini dapat sebijik tilam dan dua bijik bantal ini.

(**Lupalah pula penjodoh bilangan utk tilam, marah cikgu Shaariah Deraman, cikgu BM saya kat MRSM Kulim dahulu)

Terima kasih kepada sdra Anuar Ali, bertopi dan berbaju oren Belanda wakil ANSARA Kulim, yang merupakan class-mate saya dari form 1 hingga form 3 waktu di MRSM Kulim. Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kpd kami di NGO Wargakilang untuk menyampaikan amanah ini.


Seronoknya penduduk kampung Pasir Gajah ini, dapat semula tidur berlapikkan tilam dan beralaskan bantal setelah hampir 3 minggu tidur tak menentu.

Bagi saya pula, trip ke-3 ke Kemaman dalam masa tak sampai sebulan ini masih belum berpenghujung rasanya. Trip yang pertama amat terasa bila melihat begitu ramai mangsa yang terkepung dan terputus bekalan makanan dan air minum. Trip ke-2 pula terkedu melihat kesan paras air banjir, dan sedih melihat alatan rumah, tilam dan karpet berjemuran sini sana dan semua mangsa kelihatannya lesu dan letih membersihkan rumah yang tunggang langgang.

Trip yang ke-3 pula, duk ingatkan dah boleh penutup dah kisah banjir di Kemaman ini, tapi bila melihatkan TELEKUNG dan SEJADAH yang bersalut selut tanah ini bersidaian dan bergumpakan sini sana, dia mai naik rasa satu macamlah pula - boleh ka telekung dan sejadah bersalut SELUT tanah ini terus digunakan, masih ada ka orang nak pakai?


Rupa-rupanya mangsa banjir di Kemaman ini bukan saja kehilangan perkakasan rumah dan alatan dapur, tapi telekung, kain pelikat dan sejadah juga turut rosak bergumpalan. Duk sembang dengan Azman, beliau bersedia untuk tolong pi hantar telekung, kain pelikat dan sejadah ini kepada mangsa banjir sekiranya ada yang berminat nak bagi sumbangan.

Maka itu, saya cadangkan kalau ada sesiapa yang rasa terlintas hati nak terus membantu mangsa banjir di Kemaman ini, bolehlah kutip sesama sendiri, beli telekung dan sejadah dan hantar pi kat sdra Azman Alias. Boleh email saya untuk maklumat details. Insyallah kerja buat kita ini ada manfaatnya.
 

Moga dengan adanya sumbangan TELEKUNG, KAIN PELIKAT dan SEJADAH  ini akan membuka peluang untuk mereka memanjatkan DOA dalam keadaan yang lebih selesa, agar mereka diberi kekuatan untuk meneruskan hidup mereka seperti semula. Besar manfaatnya bagi sedekah perkakasan solat ini - saya hanya kerja kilang, tak berapa reti sangat bab-bab agama ini, tapi Ustaz pernah kata sebaik-baik manusia ialah manusia yang hidupnya membawa manfaat kepada orang lain.

Mai lah kita terus bantu mereka setakat terdaya.

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
28.12.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
wwww.facebook.com/wargakilang

WARGAKILANG: Jln-Jln Menjelang Tahun Baru

$
0
0

AHAD 29 Dec 2013

Beberapa minggu lepas saya dimaklumkan oleh Sdra Shukri, TYDP NGO Wargakilang bahawa ada satu kumpulan NGO yg menamakan diri mereka sebagai Sanggar Suri dari KL yg diketuai oleh Puan Elly ada hantar mai beberapa kotak bungkusan susu untuk kanak-kanak yg memerlukan.  Kerana sibuk dgn banjir di Kemaman, agihan susu tersebut saya tangguhkan hinggalah pagi tadi, ahad 29 Dec.

Sebetulnya bila duk baca posting Pn Elly pasal projek susu itu, saya agak skeptik sikit sebab nak agih2kan susu kpd golongan sasaran ini tidaklah semudah pi bagi beras dan kain baju, banyak faktor nak kena amik kira - lokasi, ada anak kecik ka, umur berapa, susu jenis apa, allergic kat susu-susu tertentu ka dan segala makneka persoalan lagi.

Hat paling penting sekali ialah SERASI dan SESUAI ka susu berkenaan dgn budak-budak itu, sebab selalu kita duk dengar kwn2 duk cerita:

"Anak I tak sesuai la dengan susu XYZ tu, ALLERGIC - nanti naik rash satu badan. Kena beli susu special, harga RM75 kat farmasi - hat besar tin sardin tu"

Itulah yg saya duk fikir sehinggalah kami pi hantar susu yg Elly kirim tu kpd keluarga penoreh getah di bertempat di rumah Pak Long Wahid sahabat arwah orang tua saya, di pedalaman Sik/Baling Kedah, siang tadi.


Sdra Zulkifli dlm gambar ini yg baru balik menoreh, menerima susu-susu tersebut dengan tangan terbuka dan penuh rasa gembira.



Awat tidaknya, anak lelaki beliau yg berusia 2 tahun itu sudah pun dua tahun hanya minum SUSU TIN saja - hat orang buat teh tarik tu, tak allergic pun!

Lagi seronok sebab dia sekarang ini tengah menunggu anaknya yg kedua yg bila-bila masa saja akan lahir dlm seminggu dua ini. Anak itu pun nanti dia akan bagi minum susu tin juga.

Ish tak sangka sungguh haih, di kala kita di pekan/kota ini duk kalut dgn susu apa yg tak allergic dan sesuai dgn anak-anak kita, dengan macam2 jenis jenama susu duk ada - nun jauh di pedalaman sana, ada keluarga penoreh getah yg masih bergantung harap kpd susu tin harga RM2.70 itu saja untuk anak-anak mereka.

Tkasih Pn Elly di atas cetusan idea asal dan sumbangan. Kalau ada lagi, insyaallah kami di NGO Wargakilang bersedia utk membantu mengagihkannya.


ISNIN 30 Dec 2013

Siang tadi pi jumpa sorang Ibu Tinggal yg kerja kantin sekolah part time, belum ada kerja tetap, tinggal bersama-sama 5 orang anak-anaknya (6,9,11,15 dan 17 tahun) menumpang rumah kakak beliau di Kepala Batas, P Pinang.

(Anak lelakinya yang berbaju biru ini cuba tampak gembira walhal dia sendiri tak sihat mana; kulit betis kakinya melupas macam OKU dan tulang betisnya mengecil kesan patukan bisa ular yang tidak dirawat dengan sempurna)

Mendengar kisah Kakak ini membawa diri bersama 5 orang anak-anaknya (seorang tiada dlm gambar) berhijrah ke P Pinang sehelai sepinggang dlm sebuah kisah perceraian keluarga miskin yg tragis di pedalaman Kedah ini (bekas suami kerja kg dan noreh getah orang) - bercerai kemungkinan besar atas faktor kemiskinan - mengingatkan saya kpd sdra Wahab, sahabat kami Ketua Wargakilang Utara yg punyai sejarah hidup keluarga yg hampir serupa.

Wahab selalu duk ulang cerita kat kami, ibu dan ayahnya bercerai berai angkara kemiskinan. Derita hidup anak org miskin/pengemis hanya Tuhan yg tahu, kalau buah mempelam hilang dari pokok mereka adik beradik dipersalahkan. Satu2nya waktu mereka makan sedap ialah bila ada kematian, hasil upah korek kubur dua tiga puluh ringgit dapatlah ayahnya beli lauk pauh yg enak buat mereka.

Setelah bercerai, depa adik beradik di bawa ke P Pinang dari kg mereka di Perak oleh ibunya, mencari rezeki dan mencuba nasib di sebelah sini. Alhamdulillah Wahab hari ini sudah berjaya, dan tak pernah lupa asal usulnya, giat membantu keluarga miskin/susah dan terpinggir di mana saja berada.

Wahab,

“Duit zakat/sedekah yg hang suruh aku bagi kat orang miskin itu, aku pas sebahagiannya kat keluarga ini. Aku tengok depa, aku teringat kat hang - sedih aku dengar cerita mak depa (tak boleh nak tulis kat sini) - aku harap, budak2 ini besar nanti akan berjaya macam hang !!”

Mudah-mudahan.


RABU 1 Jan 2014



Pagi nie cuba breakfast dengan roti gardenia cicah teh-o.

Teringat sambutan tahun baru bersama rakan2 NGO Wargakilang di rumah En Jaafar pengutip sisa tong sampah tegar di Flet Perda P Pinang malam tadi. Jiran dia bagitau, keluarga en jaafar ini sudah beberapa kali berpindah randah dihalau tuan rumah kerana x mampu bayar sewa. Rumah ini pun baru masuk aje, entah bila nak kena halau pula.


En Jaafar cakap, dua benda ja makanan asasi yg perlu dia bagi keutamaan tiap-tiap hari dgn pendapatan kutip sampah RM10 ke RM11 sehari tu, beras dua kilo (1kg= RM2.60) dan roti RM3.50 untuk anak-anak di rumah. Hat selebihnya beli ikan or ayam seketul dua - nak kena masak dan makan hari tu juga sebab rumah dia tak ada peti ais.

Ya lah, nak amik duit mana nak beli peti ais - nak beli seKAYA pun tak mampu. Roti gardenia tu pun cicah air saja !!

Kesian kat anak-anak en Jaafar 5 orang yang semuanya masih bersekolah itu – macam manalah budak-budak itu pi sekolah.

(Tepat JAM 12.00 Malam 1 Jan 2014 - Sambutan Tahun Baru di rumah en Jaafar)

Sekitar jam 12:15 malam, kami beransur keluar dari rumah en Jaafar di tingkat 4 perumahan Flet PERDA ini. On the way nak turun tangga, jelas kelihatan jauh di kaki langit sana, meriahnya orang menyambut tahun baru dengan letupan mercun dan bunga api berbagai rupa, tak henti-henti sejak dari tadi.


Kami sendiri tak pasti apa ertinya percikan Bunga Api dan Kemeriahan Sambutan Tahun Baru ini untuk keluarga miskin bandar, yang saban hari hidup dalam serba keterpayahan seperti en Jaafar dan anak-anaknya ini.

Namun, peluang menyambut kedatangan tahun baru bersama en jaafar dan keluarganya ini adalah kenangan yang terindah buat kami di NGO Wargakilang untuk tahun ini. Insyaallah, di lain kelapangan kami akan berkunjung ke sana lagi.

Moga ada manfaatnya.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang

Kisah Tiga Dalam Satu

$
0
0

Tadi waktu tengah drive bawa kereta, duk fikir sorang-sorang, awat la kebelakangan ini banyak sangat kes-kes kemiskinan tahap kronik yang kami temui. Sudah lebih 10 tahun saya bergiat bersama NGO Wargakilang dalam program kerja amal, JJMK Jln2 Masuk Kg membantu keluarga susah dan miskin ini, tapi kebelakangan ini jumlah kes miskin tegar yang kami temui bukan berkurangan, malahan makin bertambah dan kekerapan kami dihidangkan dengan kes-kes yang sedemikian turut bertambah.

Misalnya dalam masa satu bulan saja di bulan Januari ini, saya sendiri sudah dipertemukan dengan 3 buah kes kemiskinan yang dirasakan sewajarnya sudah tidak wujud lagi di zaman siber sekarang ini. Tak tau lah pasal apa, mungkin ini sekali gus melambangkan suasana ekonomi yang kurang menyenangkan.

Mungkinkah kesan kenaikan harga barang yang heboh diperkatakan itu telah mengakibatkan yang KAYA menjadi SUSAH, yang SUSAH menjadi MISKIN, dan yang MISKIN menjadi KEDANA. Wallah hu aklam.

Berikut adalah sedikit kisah untuk dikongsikan. Moga mampu menjadi  galakan kpd rakan-rakan yang aktif dalam kerja-kerja amal untuk terus melipat gandakan usaha membantu golongan-golongan yang sedemikian, dan moga-moga juga dapat membantu pihak-pihak berkenaan menyedari dan menginsafi bahawa nun jauh di bawah sana, sememangnya wujud golongan marhain yang kurang bernasib baik yang perlukan pembelaan, dan perlukan usaha yang berterusan yang lebih giat daripada pihak atasan.

Kisah mereka ini hanyalah secebis daripada ribuan kisah-kisah lain yang tidak terpilih untuk siaran. Mereka hanyalah mewakili rakan-rakan marhain yang sama waktu dengannya.

1. Kisah Pak Chin dan Beras

Baru2 nie waktu keluar tengahari amik anak kat sekolah, terdengar kat radio seorang intelek jemputan khas duk cerita tentang isu kenaikan harga barang. Pusin pi pusin mai saya dengar dia duk ulang cerita benda yang sama - kita semua kena jimat cermat, kena hemah berbelanja, ukur baju di badan sendiri.

Bila saya tengok gambar Pak Chin NGO (Noreh Getah Orang) tak pakai baju dlm gambar ini, saya mcm nak tergelak.


Nak jimat mcm mana dah, duit pun tak dak; nak ukur baju, baju pun tak pakai.

Dak aih, ini saya nak kongsi kat sini sabuah lagi cerita realiti, kisah hidup kaum NGO di pedalaman, yg tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yg naik mendadak ini.

Dua tahun yang lalu kami NGO WARGAKILANG pernah melawat keluarga ini bila ada org habag kat kami kisah anak-anak Pak Chin lapaq tak makan, 2 hari tak makan nasi sebab Pak Chin tak dak duit nak beli beras.

Kisahnya, mata Pak Chin jadi kelam, tak boleh pi menoreh, tak menoreh maka tak dak duit nak beli beras.

Pusin pi pusin mai, dapat pinjam RM10 kat kwn. Dengan duit tu lah Pak Chin beli beras dua kilo dan ikan masin sikit bagi anak2 dia makan, Pak Chin sendiri makan nasi dgn garam saja.

Dua tahun yg lepas Pak Chin dpt berkampit2 beras bila NGO Wargakilang buat prog jln2 masuk kg bulan ramadhan singgah di rumah Pak Chin, dan sejak tu juga bila kwn2 bagi beras fidyah saya akan bawa pi rumah beliau. Sebab sibuk dgn prog jln2 masuk kg NGO Wargakilang kat tempat lain khususnya di luar Kedah, kami pun dah lama tak pi jengok Pak Chin hinggalah cuti maulud baru2 ini.



Kebetulan waktu kami sampai bawa beras dan brg2 sumbangan kwn2 tu, isteri Pak Chin dan anaknya sedang sibuk duk "pilih beras".



Saya tanya Pak Chin beras ada lagi ka? Dia cakap:

"Ha, ini tengah duk pilih beras hat Monier bagi dua tahun lepas nie la"

Tu dia aih - beras DUA TAHUN duk simpan lagi. Bila kami cek tengok, beras itu dah naik lunyai, rapuh nak jadi mcm tepung dah.


Rupa2nya ada beras yg Pak Chin simpan sebagai spare untuk kecemasan - kot2 dia terputus beras suatu hari nanti sebab dia tau deritanya bila tak ada beras. Kebetulan hari kami sampai tu, Pak Chin sudah buka stok kecemasannya ini.


Sebab kami ada bawa beras fresh untuk Pak Chin, sahabat saya Hj Fendi minta beli beras yg dah hancur/rapuh tu nak bagi ayam dia makan. Dapat lah juga duit utk Pak Chin hari tu.


Kesian anak isteri Pak Chin, terpaksa "pilih" beras sebiji-biji nak masak makan; kalau tidak kenalah makan beras hancuq yg hanya layak bagi ayam makan.

Saja nak share cerita ini nak habag kat intelek cerdik pandai yg sembang bab ekonomi tinggi2 tu, sesekali masuklah ke kg2 melihat sendiri masyarakat marhain di bawah sana. 


2. Kisah Pak Mahadi dan Budu

Alhamdulillah, weekend baru ini sekali lagi diberi masa, kesihatan dan kelapangan utk bersama rkn2 di NGO Wargakilang dlm prog jln-jln masuk kg membantu keluarga miskin/susah, kali ini nun jauh di pedalaman Kuala Krai Kelantan. Trip kali ini turut disertai oleh sekumpulan sukarelawan dari team temanhidupku.com dari KL.


Kesemua sekali ada 30 keluarga yg menerima sumbgan, yg rata2nya adalah warga NGO (Noreh Getah Orang) ataupun yg uzur miskin daif tak mampu buat kerja.


Dlm ramai2 itu, kisah Pak Mahadi yg kena strok, lelah cakap tercungap2 dgn isterinya sakit kencing manis tahap kritikal ini begitu meninggalkan kesan yg mendalam pada diri saya.


Walaupun hidup dalam serba kekurangan dan tidak berdaya buat kerja dan hanya bergantung hidup kpd duit JKM RM400 sebulan, tetapi anak2nya berjaya belaka - seorang di UiTM, seorang di Institut Teknikal, seorang di Sek Seri Putri ( dpt 5A UPSR hari tu), dua orang lagi di sekolah berdekatan. Hebat - hidup susah bukan penghalang kejayaan.


Melalui rakan Wargakilang kilang Kelantan sbg penterjemah (saya antara paham sebab dah la loghat klate dia pekat, tambah dgn strok pula, tak berapa paham ke butir), Pak Mahadi cukup seronok cerita kisah anak dia dapat belajar di KL. Antara bangga itu, dia cakap:

"Saya sendiri dah 57 tahun, tapi tak pernah sampai Kuala Lumpur"


Bila saya tanya dia mcm mana beliau survive dgn RM400 sebulan tu, cukup ke nak hidup sebulan byk tu? Dia cakap, alhamdulillah cukup, tapi kadang2 terputus juga. Dua tiga kali dia duk ulang cakap...saya x berapa paham, cuma dpt tangkap perkataan PUTUS dan BUDU saja.

Rupa2nya dia nak habag:

"Pernah sekali tu, putus tak ada duit nak beli lauk, dua hari - MAKAN NASI DENGAN BUDU saja"

(Dalam perjalanan pulang, sahabat saya dari Kelantan yang menetap di Kuala Lumpur bagitau, beliau hampir sebak bila Pak Mahadi cakap dia makan nasi gaul dengan budu sahaja, sebab bagi sahabat saya ini, cerita orang makan nasi kuah budu ini sepatutnya sudah tidak wujud lagi di zaman siber ini. Wallah hu aklam).

Kebetulan antara barang-barang sumbangan yang dibawa itu ada dua tiga botol BUDU, terus saya buka plastik dan hulurkan BUDU tersebut kepada Pak Mahadi.


Dan tanpa ditanya, Pak Mahadi cakap:
"Budu ini pun dah naik harga dah. Dulu RM1 aje sebotol, sekarang dah naik 20 sen jadi RM1.20"

Mengenepikan perbezaan fahaman politik sesama; kalau ada sesiapa yg mengatakan kenaikan harga barang tidak banyak memberi kesan kpd rakyat bawahan ini, maka sesungguhnya kenyataan itu adalah tidak benar.

Pihak2 yg berwajib, mohonlah berbuat sesuatu tentang isu kenaikan harga barang ini; semua orang terasa termasuklah golongan miskin tegar di pedalaman. Tak percaya, jom ikut kami masuk kg lagi di lain ketika.


3. Kisah Mr Yow dan Basikal Tua

Siang tadi waktu pi lead group CSR tempat kerja pi bagi sumbangan Hari Raya Cina kpd sekumpulan keluarga yg kurang berkemampuan di sebuah perkampungan Cina yg berdekatan, saya rasa seronok sangat bila melihat kegembiraan yg terserlah di wajah para penerimanya.


Tak habis2 mereka mengucapkan "TIMA KASIH TIMA KASIH" kepada kami.


Bila saya renung dan tenung gambar dlm hp saya ini, baru terperasan rupa-rupanya kemiskinan dan kesusahan keluarga2 yg hidup dlm serba keterpayahan di bumi Malaysia ini bukan hanya terhad kpd kaum-kaum tertentu sahaja. Di semua tempat ada insan2 yg kurang bernasib baik yg perlukan bantuan dan sumbangan.

Saya merasa bertuah kerana untuk kesekian kalinya dapat menjadi "posmen" membawa bantuan kpd mereka2 yg berkenaan. Seronoknya bila melihat orang yg kurang berkemampuan merasa seronok - hasil usaha tangan kita, tak dapat digambarkan dgn kata2.

Ada masa joinlah mana2 group NGO atau pun kumpulan charity, anda boleh rasa sendiri nikmatnya buat kerja-kerja amal ini.

Tkasih

Moga ada manafaatnya.

25.1.14
http://www.facebook.com/wargakilang

WARGAKILANG: Cerita Mistik dari Rumah Anak Yatim

$
0
0

Lama dah saya teringin nak pi melawat Rumah Anak Yatim Ummu Salamah di Kg Air Panas, Jalan Air Ganda di Gerik Perak ini.

Bukan pasal apa, di zaman Facebook ini secara tiba-tiba saya bertemu semula di alam siber seorang sahabat lama, teman sebelah katil waktu zaman MRSM dulu - sdra Mufahuddin Abd Razak, Pengurus rumah anak yatim Ummu Salamah Gerik Perak.

Sebaik-baik saja sampai, bila saya tanya dia, hang ingat dak lagi zaman kita duk niaga kacang di MRSM dulu? terus dia panggil anak2 yatim yg ada tu, dia kata:

"Ha, ini dia SAKSI yang Ayah duk cerita kat hangpa waktu di asrama dulu ayah pernah niaga jual kacang"

Memang betoi, kami dua org, mungkin sebab hidup dlm keadaan sedikit keterpayahan berbanding rakan2 lain, kami buat part time pi beli kacang2 dlm bungkus besar, balik asrama repack dan jual, sekupang dua kupang satu plastik kecik, laku juga.


Itu cerita lama, kini 30 tahun kemudian (TAHUN 2014), sementara saya end up kerja kilang, sahabat saya nie walaupun mengaji sampai Amerika tapi sekarang kerjayanya full time running rumah anak yatim, cumanya beliau nampak uzur sikit bertongkat dan berkerusi roda.

Semua sekali ada lebih kurang 33 orang anak2 yatim/miskin di rumah Ummu Salamah ini. Waktu kami ke sana hanya ada beberapa orang saja yang ada sebab hari sekolah.

(Sebahagian pelajar lelaki yang ada, bergambar bersama timbunan brg2 makanan yang kawan-kawan kirim)

(3 orang pelajar perempuan di samping isteri Mufa dan pembantu)

"Mufa (nama panggilan beliau waktu di asrama), bulan-bulan berapa Jab Kebajikan atau pun Zakat bagi kat rumah anak yatim hang nie?"

KOSONG - lima duit pun tak dak !!

Tu dia aih, 33 orang tak kan sekupang pun depa tak bagi?

Betoi, sekupang pun tak bagi.

"Habis tu, hang kira duk amik risiko la bela budak2 nie tanpa bantuan macam tu?"

Aik - Monier, hang cakap elok-elok sikit, boleh lari AKIDAH !!

Rezeki, kalau Tuhan nak bawa mai DIA bawa mai.


Kemudian kami terlopong bila Mufa mula cerita satu-satu, kisah2 mistik yg tak terlintas dek akal, Tuhan nak tunjuk depan mata. Mufa cerita:

Waktu dia mula2 buka rumah anak yatim ni tahun 2007 dulu memang sakit sikit, dan kebetulan waktu tu ekonomi meleset. Sekali tu dia pi kedai hard ware CINA nama Ah Yong nak berhutang beli brg mcm biasa. Ah Yong duk merungut habag kat dia SALES teruk, bisness merudum dll. Mufa kata, bak mai RM30 bagi anak2 yatim tu makan, nanti insyaallah Tuhan Allah tolong hang.


Ah Yong pun hulur mai RM30, Mufa beli ais kerim bagi kat budak2 tu. Nak dijadikan cerita, tak sampai 5 hari entah mai mana org beli barang, sales Ah Yong naik mendadak jadi RM25 Ribu. Terkejut dia, bila Mufa mai kedai, dia terus mai jumpa Mufa hulur bagi RM50 suruh beli makan budak2 tu.

 Mufa pi beli burger bagi budak2 tu makan.

Tak sampai berapa hari lepas tu, Sales Ah Yong - dlm zaman ekonomi merudum tahun 2007/208 tu - tiba2 naik mencanak hampir RM50 Ribu, termasuk RM8000 ada hamba Allah mana entah mai bayaq hutang lama dekat 10 tahun dah tak bayaq (mungkin hamba Allah tu nak clear hutang sebelum pi haji kot, wallah hu aklam).

Mufa habag, ada satu bangunan kat depan tu, brg2 dia Mufa hutang kat kedai Ah Yong nie dekat RM30,000 tapi bayar bulan2 ikut suka ja, kadang2 bayar RM50 kadang2 RM100 ikut mana ada. Sekali tu ada syarikat mana entah mai bagi cash RM200 ribu lebih kat rumah Ummu Salamah (depa buat asrama budak2 pompuan), sebelum tu Mufa nak pi clear hutang RM30,000 dgn Ah Yong - marah Ah Yong kat dia, Ah Yong kata:

 "Lu mau kasi bisness wa mampus ka?".

Rupa2 nya Ah Yong tu kira hutang yg ada kat budak2 tu sebagai MODAL Rolling dia, selagi rumah anak yatim tu berhutang dgn dia, selagi tu REZEKI dia duk mai.


Ish, org bukan Islam pun percaya, kalau kita tak percaya tak tau lah. Mufa dan adiknya, Pak Ndak cukup percaya dgn benda2 nie, bagi depa rezeki anak2 yatim nie tak payah risau, insyaallah dia mai sendiri. Pak Ndak habag kat kami:

"Percaya tak kalau saya kata, pagi tadi saya pi cek barang kat dapur, duk plan nak pi beli BAWANG dan UBI KENTANG sebab dua2 barang tu dah habis - tengok2 bila Wargakilang mai, dia bawa mai BAWANG dan UBI KENTANG seguni !!"

Ha, saya pun terkejut sebab kami duk masuk kg ni bukannya biasa sgt bawa bawang dan ubi kentang, cuma sekali ja waktu Jln2 Masuk Kg Musim Korban hari tu, kami agihkan daging korban beserta bawang lima enam bijik dan ubi kentang sorang sikit, tapi tak ada lah pula bawa sampai seguni macam nie.


Yang nak jadi mistiknya pula,  bawang dan ubi kentang dlm gambar di rumah saya nie (sebelum bertolak ke sini) - sampai hari ni saya tak tau siapa yg bagi - dia cuma SMS kata sumbangan ikhlas HAMBA ALLAH untuk anak yatim / orang miskin. Hmm - mistik sungguh.

Rezeki anak-anak yatim, kami bertuah kerana terpilih menjadi "posmen".

Insyaallah ada masa kami akan ke Gerik lagi,

moniermatdin@yahoo.com
6.2.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.faceboook.com/wargakilang

WARGAKILANG: Jln2 Masuk Kg Johor / Pahang

$
0
0

Aktiviti NGO Wargakilang lebih tertumpu di kawasan Utara, dan kebelakangan ini mula bergerak di Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan dan Tganu. Sejak kebelakangan ini pula saya banyak menerima pertanyaan drpd rakan-rakan di Selatan bila pula Wargakilang nak turun mai ke kawasan mereka.

Makanya, hujung minggu baru2 ini, memenuhi permintaan beberapa orang sahabat berkenaan, sempena cuti sekolah, alhamdulillah kami dari Utara dan juga aktivist WK dari KL dan Pantai Timur dapat juga mengadakan program JJMK Jln2 Masuk Kg buat julung-julung kalinya di kawasan Selatan, di sempadan Endau Mersing Johor dan juga Endau Rompin Pahang.



(Seawal jam 8.00 pagi para peserta konvoi berkumpul di perkarangan Masjid Endau, Mersing Johor)


(Bacaan doa ringkas oleh Cikgu Roslan, seorang aktivist masyarakat di sebelah sini)



(Konvoi 21 buah kenderaan pelbagai jenis membelah kesunyian pagi di kawasan perkampungan Endau, Mersing Johor - jln mini tar kampung yang muat satu kereta sekali lalu)



(Sesekali bertemu dengan jalan permatang antara petak sawah yang tidak berturap)


(Di sebuah desa pedalaman di negeri Johor: para penerima dan wakil penerima di hadapan barangan sumbangan kwn2 - sama saja senarionya seperti  di kg2 lain yg pernah kami pergi di pedalaman Kedah, Perak, Kelantan dan juga Terengganu - wajah2 kemiskinan rupa2nya tidak banyak berbeza warnanya)



(Di sebuah kampung lain di negeri Johor)

Kesemua sekali ada 60 orang penerima yang menerima sumbangan yg dibawa sendiri oleh para peserta atau pun yang dikirimkan melalui rakan2 yang turut serta; 30 penama di Negeri Johor dan 30 lagi di Negeri Pahang. Semua penerima sumbangan sudah pun dikenal pasti terlebih awal; dan alhamdulillah seperti juga dalam siri-siri JJMK Wargakilang sebelumnya, senarai penerima ini memang tepat pada sasarannya.

Sudah lebih 10 tahun kerja buat kami di NGO Wargakilang ini, dan sambutan memang menggalakkan. Bila ditanya kpd rakan2 yg turut serta sebab apa depa suka ikut program Wargakilang ini, depa habag kata antara sebabnya kerana sumbangan mereka sampai terus kpd SASARAN.

Di bawah ini adalah sedikit sedutan sinopsi ringkas beberapa orang penerima yg sempat dimuatkan dlm ruang blog yang agak terhad ini, nak habag kata insyaallah sumbangan yang dikirim kwn2 itu kami pastikan sampai kpd golongan sasaran.


(Pakcik dalam gambar ini misalnya, seorang Bapa Tunggal, kelihatannya ada masalah penyakit berkaitan kulit - seorang diri membesarkan anak2nya yang masih kecil dan meningkat remaja, dengan hanya berbekalkan punca pendapatan bekerja sebagai Awak-Awak di Bot orang dengan pendapatan bulanan yang tak seberapa. Sumbangan brg2 makanan seperti beras, telur, gula, tepung, garam dll ini memang amat bermakna buat beliau dan anak2nya) 


(Kakak berbaju ungu - sedang menerima sumbangan zakat drpd salah seorang peserta - tiada apa2 punca pendapatan, suami baru 13 hari meninggal dunia. Masih berduka dengan pemergian suami, belum terpikir nak kerja apa utk membesarkan anak2nya)


(Pakcik ini pula, waktu sihatnya kerja bendang, sekarang nak jalan pun berpapah, tinggal bersama isteri dan seorang anak angkat - diuji hidup, tiada dikurniakan zuriat)


(Pakcik Tua ini pula, walau pun nampak petah cuba bercakap, saya dimaklumkan oleh anak perempuannya yg ayahnya berpenyakit nyanyuk.)

Nampak cantik pakcik ini bersila di atas tikar, tapi jika diselak tikar getah itu, di bawahnya hanyalah tanah tidak bersimen.


(Rumah mereka ini jauh ke dalam, hanya kenderaan 4WD saja yang boleh masuk - kenderaan lain kami nasihatkan jangan masuk, minta tunggu kat luar)


(Rumah ini tiada bekalan air, untuk air minum terpaksa keluar ke jalan besar pi minta kat rumah2 jiran)

Anak perempuan Pakcik ini habag kat saya, dia dan suami serta anak2 terpaksa balik mai dari KL menetap di rumah yang tak serupa rumah di kg pedalaman ini  sebab nak jaga si ayahnya ini. Baguslah kalau sesiapa yang dapat anak-anak seperti ini yang sanggup mengorbankan kesenangan dan kemewahan diri semata-mata sebab nak jaga orang tua. Kesian juga dengan cerita anak pakcik ini kalau musim hujan jenuh mereka nak mengharung jalan becak keluar ke jalan besar. Tak sangka masih ada lagi di Negeri Pahang tempat macam ini.


(Para peserta yang kami nasihatkan suruh tunggu di jalan besar, depa pulun juga jalan kaki nak masuk mai)


(Ini adalah air telaga sumber bekalan air mandi dan basuhan dan mungkin juga utk minum di kala terdesak. Ish, tak tau nak kata apa lah - sekali pandang mcm tempat **** berkubang aje)


(Bila time nak masuk tadi, depa boleh berjalan kaki menapak mai, time nak keluar pakat letih dan mengah habis, nasib ada banyak 4WD, laki pompuan dan anak2 pakat terpa naik)


(Destinasi terakhir ialah ke sebuah rumah di tengah kawasan bendang di Rompin Pahang)


(Rumah yang tadi tiada bekalan air, terpaksa guna telaga yang tak serupa telaga. Rumah yang ini pula tak ada bekalan letrik, terpaksa guna pelita karbaid yang orang duk niaga di pasar malam tu, tak tanyalah pula pasal apa tak ada letrik)


(Sebahagian para peserta - ada yg dah balik selepas zohor tadi, memang penat dan meletihkan bagi yang tak biasa dengan program JJMK ini - bergambar ramai berlatarbelakangkan sebuah rumah pesawah di tengah bendang, yang entah apa sebabnya, walaupun jelas pencawang letrik ada di sebelah kanan, tapi rumah ini tak ada bekalan letrik. Harap2 pihak2 berkenaan sudi membantu keluarga ini)

Demikianlah serba sikit secara ringkas catatan perjalanan kami kali ini, kpd kwn2 yang kirimkan brg2 sumbangan, persaksikanlah bahawa amanah tuan/puan sudah pun kami sempurnakan. 60 penerima bukannya sedikit, nasib baik ramai kwn2 yang turun mai dengan 4WD, alhamdulillah memudahkan kerja.

Dan akhir sekali, sebagai YDP NGO Wargakilang, saya ingin merakamkan jutaan tkasih yang tidak terhingga kpd semua yang terlibat dlm menjayakan program JJMK Wargakilang di Endau Mersing dan Endau Rompin ini, bukannya senang nak organize program di tempat yang jauhnya hampir 12 jam perjalanan daripada pusat kami di Utara sana nu. 

Tkasih semua, dan tkasih yang tidak terhingga kpd rakan2 yang tak serik2 mengikuti konvoi JJMK kami di mana saja kami pergi, seperti sdra Muhairy dari Kulim Kedah dalam gambar di bawah ini. 


(Sdrra Muhairy sedang menyampaikan sumbangan kpd seorang penerima di Rompin, Pahang - yg hidup mereka sekeluarga memang sebijik mcm kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kdg2 di sebelah pagi Abang ini turun ke bendang, dan petangnya turun ke laut atau pun sebaliknya bergantung kpd cuaca. Perit sebenarnya hidup dlm dunia hari ini dengan kos sara hidup yang meningkat naik ini)

Sdra Muhairy, rakan kami berbaju oren dari Kulim ini sebenarnya bukannya sihat sangat. Beliau sudah pun tidak bekerja lagi, kerana mendapat pencen ilat - sedang bertarung dengan kanser di tahap kritikal. Sepatutnya tak dapat turun sebab ada appointment dengan doktor pakar di sebuah hospital di P Pinang, tapi dia pi tukaq appointment tu semata2 nak turun mai juga.

Sekali tu waktu masuk kg di Negeri Kedah, dia ada cerita kat saya kisah kwn2 duk perli dia, kata mcm2 - hang tu dah la tak sihat, tak kerja, tapi duk kalut pi tolong orang, bla bla bla...

Saya kata kat dia tak apa.

Ustaz habag, sementara hidup ini, kita kena kejar 5 Perkara sebelum 5 Perkara.

(saya tak ingat hat mana dulu, pakai hentam ja)

1. Masa Muda sebelum Tua
2. Masa Sihat sebelum Sakit
3. Masa Lapang sebelum Sibuk
4. Masa Kaya sebelum Miskin
5. Masa Hidup sebelum Mati

Saya kata kat Muhairy, kebanyakan org yang berminat nak buat kerja amal ini dah berusia dah, dah sakit2 dah, sibuk dengan kerja2 kat ofis dan kat rumah sibuk dgn anak2 dll, walaupun ada duit banyak tak kaya tara mana sebab sibuk bayar hutang dan sibuk nak tambah simpanan dan beli aset/harta dll.

Ringkas ceritanya, kebanyakan kita (termasuk diri yg menulis), PERKARA 1 hingga 4 dah tak berapa nak ada dah. Yang kita-kita semua ada ialah No-5: Ya, kita semua alhamdulillah masih hidup.

Maka itu Muhairy, sementara kita masih hidup dan bernafas, kita buatlah apa yang perlu kita buat.
Pedulikan apa orang nak kata.

Sorry jadi tulisan tazkirah lah pula.

Moga ada manfaatnya catatan saya kali ini.

Tkasih

28.3.14

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg - GERIK, Perak

$
0
0

Sedikit kelapangan di hujung minggu yang lalu, bersama dgn rakan2 skuad riki NGO Wargakilang, kami menjelajah beberapa buah kampung di pedalaman Gerik, Perak mencari keluarga yang kurang bernasib baik untuk dibantu dlm program tahunan NGO Wargakilang Jln2 Masuk Kg sempena cuti Hari Buruh nanti.


(Perjalananan merentas Banjaran Bintang melalui "lebuh raya" baru Baling-Gerik)



(Sudah jadi lumrah pada kami di NGO Wargakilang, setiap kali masuk kampung pasti ketemu dengan dapur kayu tradisional seperti ini)

Tak tau nak habag rasa gembira dan puas hati masuk kg, NGO mcm kami ini berpeluang bertemu face to face dengan kaum NGO (Noreh Getah Orang) seperti sdra Huzaini dalam gambar ini.


Sdra Huzaini berkongsi cerita dengan kami kisah pahit maung kehidupan sebenar seorang warga penoreh getah orang hidup di kg pedalaman ini. Pendapatan RM400 - RM500 sebulan (setelah dibahagi dua dgn tuan pokok getah) dengan tiga orang anak2 kecil bersekolah, tolak perbelanjaan sekolah, makan dan minum apalah yang tinggal.


Rumah lama ini pula bukanlah rumah beliau atau pun rumah pusaka keluarga - tetapi rumah seorang saudara yang diizin tumpang sambil menjaga pokok2 dan semak samun di sekelilingnya. Andai diminta pergi, entah ke manalah mereka sekeluarga 5 beranak ini nak menghala.


Isteri beliau berulang cerita, hat penting sekali ialah perbelanjaan tusyen anaknya tahun 6 yang nak ambik UPSR tahun ini itu, RM50 sebulan. Kata beliau, mcm mana pun mesti usaha juga utk cari RM50 duit tusyen tu w/pun hujung bulan duit motong getah dan sedikit duit niaga goreng pisang (baru beberapa hari bermula) tepi jln tu, bila tolak bil air bil api dan makan minum serta perbelanjaan sekolah, tiada apa yg tinggal.

Bila kami tanya mcm mana dgn tusyen tu, ada kesan ka ke atas prestasi pelajaran anaknya. Isteri sdra Huzaini jawab:

"ALHAMDULILLAH - SEKARANG DAH MULA DAPAT "B"

"A" tak ada ke?

"Belum ada, tapi alhamdulillah dah mula dpt B, insyaallah nanti dapatlah "A"

Besarnya harapan dan pengorbanan insan yg bernama Ibu dan Bapa ini.

Ringkas cerita, bagus keluarga ini - w/pun hidup dlm kesusahan tetapi sedaya upaya pendidikan anak2 tetap diberi keutamaan. Sesiapa yg nak sponsor yuran tusyen anak beliau utk jangkamasa 5 enam bulan lagi sebelum UPSR nie (RM50x6 = RM300), 3 hb Mei nanti boleh ikut kami, mai bagi sendiri, insyaallah.

Perjalananan seterusnya membawa kami ke sebuah lagi rumah seorang NGO (Noreh Getah Orang), sebuah rumah bata mcm rumah kotak size 20x10 lebih kurang, betul2 di tepi caruk sungai.


(Untung tuan rumah ini, "pejabat" beliau tempat kerjanya seberang jalan saja)



(Sepasang suami isteri dan 4 orang anak2 yg masih bersekolah dlm rumah kecil sesempit ini)



(Sdra Rozali berkain pelikat, seorang NGO menoreh getah orang, sama saja kisah mereka di semua tempat yg kami kunjungi. Hitung panjang pendapatan bulan RM400 ke RM500 sebulan, tolak perbelanjaan sekolah anak-anak, bil rumah dan makan minum, tiada apa yg tinggal. Insyaallah di ruang halaman rumah beliau ini akan kami jadikan center tempat agihan untuk penerima2 yg sudah dikenal pasti di kawasan ini) 


(Sesekali masuk kg bertemu dgn caruk sungai tempat air dari ulu bermula, memang teruja)

Dan, bagi kami yg selalu masuk kg ini, sesekali dlm ramai2 keluarga yg kami kunjungi alhamdulillah Tuhan pertemukan kami dengan insan-insan terpilih yg dlm beberapa siri Jln2 Masuk Kg sebelum2 ini  menjadi kisah2 mistik yg tak dpt dihuraikan dgn akal. Misalnya, ada yg mendapat zuriat setelah lama berkahwin hasil doa insan2 yg punya "aura" tersendiri seperti dlm gambar di bawah ini. 

(Pak Mat - ditakdirkan buta sejak usia 17 tahun)



(Mak Jang, isteri Pak Mat, seorang isteri yang tabah, punca utama pendapatan hasil mengasuh anak2 orang)

Bersembang dgn Pak Mat seperti berkuliah dengan ustaz-ustaz. Pak Mat suka bercerita kisah Nabi-Nabi yang redha dengan takdir dan tabah menempuh UJIAN. Apa tidaknya, Pak Mat sudahlah matanya kelam, cuba lihat dilehernya, kesan dialisis sakit buah pinggang yang terpaksa ditempuhnya beberapa kali sebulan.

Walaupun Pak Mat buta, cuma harapkan wang JKM RM300 sebulan dan isterinya, Mak Jang pula hanya mengambil upah mengasuh anak org dgn pendapatan yg tak seberapa sebulan; namun dengan IZIN TUHAN (tak tau lah apa amalan dan doa mereka suami isteri), Anak Lelaki mereka seorang di Mesir, seorang lagi tengah tunggu nak ke Yaman, seorang lagi di Pusat Tahfiz di Pulau Pinang, seorang lagi di Tahfiz di Kelantan dan seorang lagi di sekolah asrama berdekatan.

Hebat !! - kelu tak tau nak tulis apa. Ini semua kerja Tuhan.

Cumanya dalam hati kecil saya mengatakan bahawa Pak Mat dan Mak Jang ini mungkin adalah insan2 terpilih seperti yg pernah kami temui sebelum-sebelum ini, yg mana DOA mereka mudah dimakbulkan. Wallah hu taala aklam.

Pada 3 Mei nanti, selain rumah Pak Mat, kita juga akan singgah ke rumah anak2 yatim/miskin Ummu Salamah di Gerik Perak. Kisah Mistik dari Rumah Anak Yatim Ummu Salamah ini pernah saya paparkan di blog saya tak lama dulu, boleh google tengok.


(Sdra Mufahudin, Pengurus Rumah Ummu Salamah ini adalah sahabat sebelah katil saya waktu di MRSM)

Akhir sekali, dlm ramai2 keluarga yg dikunjungi itu, hati kecil saya paling tersentuh dgn rumah sdra Man, seorang warga NGO (Noreh Getah Orang) yg kisahnya ada saya paparkan di Facebook saya seperti di bawah.


(Perjalanan merentas ladang getah menuju ke rumah Man)

(Bergambar kenangan di rumah Man)

Saya tangkap sayu bila lihat gambar saya dan sdra Man serta anak-anaknya ini.

Saya naik sayu sebab saya tak rasa ramai kita sedar, dan saya juga tak rasa semua pemimpin2 politik kat atas sana (tak kira warna bandera) sedar bahawa cerita kemiskinan di bawah ini memang benar2 realiti, dan bukanlah sebuah cerita fantasi yg ditulis suka2 sebab nak cari publisiti.

Sdra Man ini bergelut setiap hari utk mencari sesuap nasi dan secupak rezeki utk anak isteri, dgn pendapatan tiga pat ratus sebulan menoreh getah di pokok orang. Bayangkanlah kalau musim hujan atau pun musim kemarau panjang hasil susu kurang - apalah nasib mereka anak isteri.

Sdra Man nie bukannya seorang yg pemalas; beliau seorang yg rajin - keliling rumah tanam ubi kayu, pisang, betik dll sebagai makanan spare dan juga utk dijual mungkin. Masalahnya, pokok2 tersebut terutama anak2 pokok pisang kena dikepung dgn cacang2 (belahan) buluh.

Pasal pa? - sebab BABI banyak berkeliaran.

Aduhai, kesiannya nasib org2 miskin kaum penoreh di pedalaman - sudahlah harga getah sekerap jatuh merudum mencecah RM2 sekilo - nak tanam ubi kayu, pisang dll sebagai makanan spare pun, terpaksa bergelut berlawan dgn menatang BABI. Kesian nasib mereka ini.

Insyaallah, pada tarikh 3 Mei ini kami bercadang ke sana lagi. Kalau ada masa, meh la join kami.

Moga kerja buat kita ini ada manfaatnya.

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
6.4.14
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook.com/wargakilang


NGO WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Gerik, Perak

$
0
0
Alhamdulillah, seperti yang dirancang di hujung minggu sempena cuti hari buruh 2014 yang lalu, program JJJMk Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang memberi bantuan kepada keluarga susah/miskin di beberapa buah perkampungan penoreh getah di daerah Gerik, Perak telah berjaya disempurnakan.
.
 Deretan konvoi JJMK merentasi bumi Gerik Perak, rata-ratanya membawa anak2 isteri dan keluarga.

Kesemua sekali ada 35 penerima yang sudah dikenalpasti terlebih dahulu oleh pihak AJK Wargakilang.. Ada yang dijemput keluar ke masjid berhampiran jalan besar kerana jalan kg yang sempit tidak sesuai untuk konvoi kenderaan sampai ke sana.

Antara penerimanya ialah Abang Rashid (berbaju oren), seorang pekerja kampung yang tidak tetap pendapatannya, mendapat bantuan JKM RM200 sebulan - sedang menerima sumbangan drpd sdra Lotffi, Bendahari Surau Kilang NAZA Gurun mewakili rakan-rakan di Wargakilang.

(Inilah rumah Abang Rashid yang team Wargakilang kunjungi sebelum program JJMK ini - tiada letrik dan masak pun masih bergantung kepada dapur kayu sahaja.)

Perjalanan konvoi JJMK yang bermula di masjid Tanjung Kala ini kemudiannya menjelajah ke beberapa buah kampung lain di daerah Gerik. Antaranya ialah Kg Kenayat, Padang Jeri, Tanjung Kasau, Ayer Panas dan juga Air Ganda. Untuk diri saya, hanya kampung Kenayat yang pernah saya kunjungi sebelum ini, itu pun sebab ada kenduri kahwin rumah saudara, kampung2 lain boleh dikatakan pertama kali. Itulah yang bestnya JJMK ini, kalau saja-saja nak masuk kg orang tak ada kerja, rasanya memang tak masuk dah.

Beginilah pemandangan biasa dlm program JJMK Wargakilang, para peserta dengan spontan membentuk rantaian manusia passing barang dari tempat parking hingga ke tempat agihan barangan.

                                            Tempat agihan barangan di tepi carok sungai
.
Barang-barang yang sudah siap disusun, lebih kurang 20 pax barangan perlbagai jenis disusun ikut barisan, satu line untuk setiap keluarga.

Dalam banyak-banyak lokasi atau pun route yang kami tempuhi kali ini, perjalananan ke rumah sdra Kamaruzzaman atau pun lebih dikenali sebagai Man di tepi rimbunan buluh kat tebing carok sungai di sebuah kampung di pedalaman Gerik ini adalah antara yg paling menarik.

Man kerja NGO Noreh Getah Orang saja, pendapatan lebih kurang RM500 sebulan, ada tiga orang anak, kecik-kecik lagi. Sorang dlm gambar dan dua org lagi tengah berendam dlm carok sungai.

Perjalanan ke rumahnya melalui denai hutan getah dan sesekali menyusup batang pokok yang terbalik ini amat teruja, terutama bagi anak2 dan remaja kota yg tak pernah merasa suasana jalan desa seperti ini.



Saya lihat sepanjang denai jalan ini dan juga di kiri kanan, depan belakang rumah Man ada kesan tanah macam masih baru di "traktor/bajak" oleh gerombolan BABI HUTAN, mungkin baru hanya tadi malam. Ada sahabat bertanya nak kena samak ka kalau terkena kesan bajak babi nie, tambah-tambah tanah yang basah tu. Wallah hu aklam.

Saya ada terbaca ada orang "intelek" pernah menulis kata di Malaysia ini mana ada org miskin, yg ada ialah orang malas - megahnya tulis. Man mungkin org miskin tapi Man bukan org malas; buktinya untuk menambah pendapatan, di kiri kanan dan belakang rumahnya Man tanam pisang, tetapi terpaksa di pagar rapi dgn belahan buluh tajam utk menjauhi babi hutan.

(Dua aktivist Wargakilang, Waklie dan Muhairi menyampaikan sumbangan minyak dan beras sebagai simbolik mewakili rakan-rakan konvoi yang berkunjung ke rumah Man)

Di bawah rumah Man ada sangkar ayam dan juga seekor ibu itik. Man cakap itik itu asalnya dua ekor berpasangan, mungkin Man bela niat nak jual telur itik utk menambah pendapatan, tapi kini cuma seekor saja yang tinggal sebab seekor lagi itu dah kena telan ULAR SAWA dua hari lepas.

Kesian Man, motong getah harga merudum (RM1.95 sekilo), tanam pisang terpaksa berperang dgn Babi Hutan, bela itik Ular Sawa makan. Inilah sebuah realiti hidup di desa pedalaman.


Bila dengar cerita Man pasal Babi Hutan dan Ular Sawa berkeliaran ini, dan bila tengok gambar ini - rasa bersyukurlah pula sebab ada anggota PDRM mengiringi kami sepanjang perjalanan. Tkasih PDRM dan juga pasukan RELA Gerik serta skuad Marshal Bermotor Sdra Sanushi Daud dan rakan2 di atas kerjasama yg diberikan. Kami di NGO Wargakilang amat-amat menghargainya.

(Para peserta konvoi bergambar ramai-ramai di hadapan rimbunan pohon buluh di tepi rumah Man - waktu ini saya tak habag lagi cerita Ular Sawa yang berkeliaran dua hari lepas - rasanya mai dari pokok buluh tepi sungai ini kot - kalau saya habag, mungkin tak ada yang berani berposing keliling pokok buluh tu..:-))

Selain rumah keluarga miskin/susah, konvoi JJMK kali ini juga turut berkunjung ke rumah anak2 yatim, iaitu rumah anak2 yatim/susah Ummu Salamah di Ayer Panas. Di sini, ada sahabat sponsor kenduri / jamuan tengahari untuk anak2 yatim ini dan juga semua para peserta konvoi.

Aktivist Wargakilang, Kak Tun mewakili konvoi JJMK menyampaikan sumbangan anak-anak yatim/susah di rumah Ummu Salamah. 

Antara rumah penerima yang dikunjungi ialah rumah sdra Huzaini, seorang NGO yang dulunya cuba mempertaruh nasib mencari rezeki di kota raya, namun kos hidup yang tinggi menyebabkan beliau kembali semula ke desa.

Tiada tanah dan tiada rumah sendiri, beliau cuma menumpang rumah pusaka ihsan tuan tanah sambil menjaga rumah dan tanah sekeliling. Terkial-kial untuk meneruskan hidup dgn pendapatan Noreh Getah Orang yang tidak seberapa, baru mencuba-cuba meniaga jual cucur pisang di tepi jalan besar di hadapan masjid tidak jauh dari rumahnya.

Terkejut dan terkesima sdra Huzaini dan isteri melihat jumlah barangan yang diterima - waktu kami berkunjung kata nak bawa mai sumbangan itu, mereka cuma fikir mungkin sekadar beras 10kg sekampit dua.

Macam-macam ada, daripada beras, gula, telur, biskut, bawang, ubi kentang, kicap, sos, tepung, garam, minyak, bihun, roti, kaya, ikan masin hinggalah ke ubat nyamuk, sabun basuh dan juga ubat-ubatan seperti pil cit teck aun, ubat demam dan juga minyak cap kapak.

Memang terperanjat sungguh sdra Huzaini bila saya minta seorang sahabat buka barang-barang dalam semua bungkusan plastik itu.

Saya lihat ada manik-manik jernih bergenang di kelopak mata merah sdra Huzaini, dia mungkin tak sangka sampai banyak macam tu sekali orang bawa mai sumbangan kat dia, kalau hasil menoreh mungkin dua bulan pun belum tentu boleh beli brg2 banyak tu. Beras saja pun dah 55 kg.

Bila sdra Aznee (SU Wargakilang) pi peluk dia, lagilah dia naik sebak.

Kebanyakan yang hadir tak perasan adegan air mata ini, hanya dua tiga orang saja yang perasan.

Sembang pasal gembira dan sayu sebab ada orang amik berat hingga menitis air mata ini, bila sampai rumah saya dapat SMS daripada contact kami di Gerik. Dia bagitau Kak Mah, isteri kepada penerima di bawah ini "TERIAK" - bahasa Baling/Gerik untuk MENANGIS apabila melihat begitu banyak jumlah barangan yang diterima suaminya ini.


(Dato' Osman Chik, Bekas Pengarah Kor Logistic Angkatan Tentera Malaysia di Bosnia Hezergovinia yang sering bersama kami di JJMK sedang menyampaikan sumbangan mewakili kami semua kepada sdra Huzaimi (Mie)).

Bro Mie ini dulunya sihat wal-afiat, boleh buat kerja kampung dan sebagainya untuk menyara keluarganya (4 orang anak 3-14 tahun), tapi kini tak mampu nak buat apa-apa setelah diserang sakit jantung kali ke-2, ada belon 4 ateri tersumbat. Dengan ihsan rumah anak2 yatim Ummu Salamah, isterinya diambil bekerja sebagai tukang masak sambilan dengan pendapatan RM400/bln.

Dengan RM400 sebulan itulah mereka survive, maka memang patut sangat pun Kak Mah isterinya bersyukur sangat-sangat hinggakan "TERIAK" bila kawan-kawan bawa mai barang2 sumbangan sebanyak ini. Mewakili Kak Mah dan Abg Mie kita ini, saya ingin mengucapkan jutaan tkasih yang sangat2 kpd semua. Hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya.

Bercakap pasal menangis dan teriak ini, Tok Leha warga mas di bawah ini, waktu kami mai riki cari orang susah untuk program ini hari tu, waktu berkunjung ke rumahnya dibawa oleh JKKK, saya sempat amik gambar dia tengah teriak tapi tak sesuai disiar atas sebab-sebab tertentu.

 (Pengerusi JKKK / Ketua Kampung - tengah - yang banyak membantu kami mengenal pasti keluarga miskin di kampung ini sewaktu program riki tempoh hari bersama Tok Leha. Tkasih banyak2 dan Syabas Tok Ketua)


(Bila saya mula jadi penglipur lara meriwayatkan kisah hidup Tok Leha - berdasarkan apa yang Tok Leha habag kat kami sewaktu kami berkunjung ke rumahnya - Tok Leha mula mengesatkan air mata)

(Bila saya jemput Tok Leha ke hadapan untuk menerima sumbangan, belum pun sempat ambik barang, terus Tok Leha angkat tangan berdoa dan bersyukur kat Tuhan. Antara yg sempat saya dengar Tok Leha cakap "Syukur, Alhamdulillah berulang kali sambil mendoakan kebaikan buat semua yang terlibat)

DOA TULUS MACAM INI LAH SEBENARNYA YANG SAYA DAMBAKAN DALAM PROGRAM JJMK WARGAKILANG INI.

Mudah-mudahan doa Tok Leha ini dimakbulkan.


Inilah adalah sebahagian daripada wajah-wajah yang menceriakan program JJMK Wargakilang di Gerik, Perak ini. Ini hentian yang terakhir, tetapi melihat pada wajah-wajah mereka ini, seolah-olah macam tidak mahu pulang.

JJMK Gerik berakhir di tepian sungai Gerik ini, insyaallah ketemu lagi di siri JJMK akan datang.

Last sekali, nak habag mai sikit, ada orang mungkin tanya, yang hangpa duk pulun angkut beras masuk kampung bagi ikan bukan bagi joran kat orang miskin ini buat apa - bukannya boleh membasmi kemiskinan pun. Sememangnya pun, bukannya matlamat kami di NGO Wargakilang, sebuah NGO kecik dari kampung ini nak membasmi kemiskinan. Kami bukannya ada DANA pun, bab membasmi kemiskinan serah kat pihak2 yang berkenaan sudahlah, mereka ada DANA dan kepakaran.

Kami masuk kampung ini selain untuk mewujudkan kesedaran kpd masyarakat tentang wujudnya golongan terpinggir yang perlu bantuan, adalah juga kerana mencari JANJI-JANJI Tuhan.


Orang Alim kata di Akhirat nanti timbangan di neraca Mizan akan menentukan arah mana kita dihantar, ke Syurga atau ke Neraka. Jika ditakdirkan timbangan waktu itu menunjukkan 50-50, sama berat Syurga dan Neraka, tiba-tiba ada Malaikat bawa mai pahala extra bawa 5kg BERAS seperti di atas, maka insyallah timbangannya akan berat ke arah Syurga. Sebagai orang Awam yang mengaji agama setakat Tingkatan 5, hat inilah yang kami dambakan.

Sekian Terima Kasih

8.5.15
htttp://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook.com/wargakilang


WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Hujung Minggu

$
0
0


Salam,

Sejak kebelakangan ini saya sering mendapat wassap dan juga sms daripada sahabat2 yang tidak punya a/c FB bertanyakan aktiviti terbaru WK. Sahabat2 kita ini bergantung kpd update di Blog saya ini sahaja untuk mengikuti perkembangan terkini aktiviti NGO Wargakilang. Untuk pengetahuan kwn2 yg berkenaan, saya kerap duk update aktiviti kami di FB saya Mohd Monier dan juga di FB rasmi wargakilang. Mulai sekarang, saya tak janji - tapi jika ada kelapangan insyaallah saya akan cuba update blog saya nie melalui posting2 ringkas yg saya cut dan paste kan dari FB saya seperti di bawah ini untuk dikongsi bersama.

Moga catatatan ringkas di bawah ini ada manfaatnya.

Tkasih


Kisah 1: Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) Hujung Minggu

Ahad pagi. Duk ingat hari nie nak rests sat sebab sabtu semalam satu hari suntuk Family Day sekolah orang rumah, jam 12 mlm lebih baru sampai rumah. Penat tak habis lagi. Malam tadi dpt mesej drpd team Wargakilang, depa ajak pi ziarah PakNgah Rahim pagi ini, contact WK di Jeneri yg kebelakangan ini uzur kerana masalah jantung.

Habag kat memba, tak sure boleh pi ke tidak. Memba cakap, pi ke tak pi kami nak kidnap (pinjam) kereta Triton hang !

Patut la depa nak kidnap Triton tu, bila ikut depa pi, sampai Jeniang depa load masuk dekat 300 kg beras (beras fidyah hat kwn2 kirim).



Campur brg2 lain dah jadi setengah tan lebih - merangkak lah juga kereta tu nak sampai ke pedalaman Nami Sik Kedah nu, lebih kurang 2 jam perjalanan dari sini.


Bila sampai di sana, bila tengok memba2 unload barang, bila tengok berserinya wajah2 penerima dan bila dengar luahan hati mereka kisah getah turun harga, kisah tak boleh menoreh musim hujan dan kisah terputus bekalan beras sehari dua dll, rasa berbaloilah pula turun pi.

                                         (Rumah Seorang Penoreh Getah di Pedalaman)


(Tuan rumah (suami) tiada di rumah - masuk hutan cari Asam Gelugor utk pendapatan sampingan sebab tak boleh menoreh kerana hujan)

                                   
Moga kereta Triton ini dipanjangkan usia dan moga2 kami juga dipanjangkan usia dan diberi masa dan kelapangan untuk kami terus masuk kg buat kerja2 mcm nie. Amin.

Tkasih di atas sumbangan

Kisah 2: Hujan, Ubi Kayu dan Babi Hutan



Siang tadi, dlm perjalanan hantar beras dan barangan sumbangan kwn2 kpd keluarga penoreh getah yg tertekan dgn harga getah yg jatuh merudum, dan ditambah dgn musim hujan tak menentu ini, tiba-tiba hujan lebat mencurah turun. Basah belosoh kwn2 yg tak sempat berpayung.


Kata seorang sahabat, ini baru betul masuk kg bantu penoreh di musim hujan. Sebetulnya, tiap rumah yg kami singgah, benda yg sama keluhan yg kami dengar - harga getah jatuh dan hujan x boleh menoreh.


Pun begitu mereka bukannya malas, utk menampung pendapatan tambahan, ada yg masuk hutan cari kayu depu, asam gelugor, madu lebah dan lain2 hasil hutan.


Ada yg tanam ubi kayu keliling rumah sebagai makanan back up di musim hujan.


Itu pun jenuh "berperang". Kata tuan rumah yg hidangkan ubi kayu cicah gula kpd kami nie:

"Nak boleh ubi kayu nie pun, jenuh berperang dgn babi hutan".

Harga getah menjunam, hujan tak menentu dan terpaksa berebut dgn babi hutan: Warna2 hidup keluarga penoreh getah di pedalaman !!

Kisah 3: Menoreh Getah Dapat RM200 Sebulan

Pi masuk kg hantar brg2 sumbangan kwn2 dgn team NGO Wargakilang di pedalaman Sik Kedah siang tadi, hujan sekejap sekejap, kadang2 pelan kadang2 lebat.



Saya ni, faktor usia bangkali, kepala tak berapa nak boleh kena hujan, nanti dua tiga hari kena runny nose apa ka nama yg selsema hidung berair meleleh tak berenti tu - sebab tu selalu pakai topi. Hari nie lupa bawa topi fishing tu, nasib baik ada kain pelikat - boleh gak buat penutup kepala.



Bila sampai rumah abang nie rasa mcm duk perli dialah pulak. Mentang2 la awning rumah dia "bocor" teruk, tak hujan tara mana pun dah tutup kepala dgn kain.

Sebetulnya, awning rumah yg sempurna bukanlah keutamaan/priority tuan rumah buat masa nie. Awat tidaknya, Abang nie hanyalah seorang NGO Noreh Getah Orang, 200 pokok getah dgn pendapatan RM20 sehari.

Dia bagitau Hj Fendi, bahagi dua dgn tuan pokok dapatlah bersih kurang lebih RM10 sehari. Kalau sebulan, tolak hujan mcm hari ini, katakan boleh menoreh 20 hari, dapatlah RM200 sebulan. Kalau 15 hari, RM150 sebulan. Begitulah matematik mudahnya.

Dlm keadaan mcm ni, sumbangan beras dan brg2 makanan yg kwn2 kirim ini amat bermakna dan besar manfaatnya buat Abang ini dan rakan2 NGO yg senasib dengan beliau.

Tkasih di atas sumbangan.

Kisah 4: Beras Fidyah

Perjalanan kami di hujung minggu baru ini ke pedalaman Sik Kedah sebetulnya ialah nak pi clearkan beras2 fidyah yang kawan2 bagi tu. Bila menatap gambar2 yg sempat kami rakamkan ini, rasa macam puas hatil sungguh sebab misi kami itu memang berjaya kerna beras2 fidyah itu sampai tepat kepada mereka yang layak menerimanya.


Antara keluarga yang layak terima beras FIDYAH.



Wajah-Wajah inilah yang menjadi magnet untuk kami terus istiqamah dgn kerja amal ini


Abang yg berseluar panjang tidak berbaju dlm gambar ini, tangan kanannya lumpuh. Maka dengan tangan kirinyalah beliau pi Menoreh Getah Orang. Sesiapa yg mai dari keluarga penoreh, boleh bayang sendiri terkial2nya brader ini nak menoreh getah dgn tangan sebelah.

Waktu kami sampai, langit mendung petanda hujan nak turun. Bila tanya ok ka makan minum sekeluarga di musim hujan turun dan harga getah duk turun nie, brader ni cerita - boleh la mkn sikit2 walaupun dua hari lepas rumahnya TERPUTUS bekalan beras !!

Habis tu, dah tak ada beras mcm mana nak makan nasinya?

"Pi minta beras rumah ayah"



Ayahnya pun tak senang mana (berkain pelikat tak pakai baju) - sama ja susahnya, motong getah pokok orang juga !!

Hmm - tak tau nak kata apa.

Iman mungkin tak boleh diwarisi, tetapi kemiskinan boleh.

Apa2 pun yg puas hatinya, sebagai POSMEN, kami di NGO WARGAKILANG rasa puas hati dan rasa lega sebab beras2 fidyah yg kwn2 kirim tu, alhamdulillah dan insyaallah telah pun sampai ke sasarannya.

Tkasih di atas sumbangan

Sekian Moga ada manfaatnya.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
www.facebook/wargakilang

WARGAKILANG: JJMK Ramadhan 2014

$
0
0

Cuti weekend bersambung di kilang industri sempena hari Keputeraan SPBYDP Agung baru-baru ini, bersama-sama dengan sahabat2 dari skuad riki NGO Wargakilang, kami masuk ke kg-kg di sempadan Kedah/Perak menjejaki keluarga susah/miskin untuk dibantu sempena program JJMK Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang pada bulan Ramadan ini. 

(Memang cantik pemandangan Gunung Kerunai dari dekat, selama ini saya duk ulang alik dari Kedah ke Tganu kampung org rumah melalui laluan ini, tak perasanlah pula adanya pemandangan yg indah seperti ini)

 (Sahabat yang jadi tukang tunjuk jalan membawa kami ke rumah seorang asnaf melalui jalan kampung ini, lepas ke dalam, betul-betul di kaki Gunung Kerunai)

Dalam perjalanan yang seterusnya antara simpang 4 Gerik hinggalah ke Pengkalan Hulu, kami telah mengenal pasti kurang lebih 35 penerima dari kawasan ini untuk program Wargakilang Masuk Kg nanti.

Rata-rata mereka adalah NGO (Noreh Getah Orang), dengan pendapatan bulanan secara hitung panjangnya adalah antara 450-600 sebulan, kecuali satu dua keluarga yang sedikit mengejutkan kami yang pi riki ini.

Misalnya Makcik dalam gambar di bawah ini, seorang Ibu Tunggal kerja NGO, walau pun ada masalah jantung tetapi terpaksa berhempas pulas juga pergi menoreh selepas suaminya meninggal dunia tak lama dahulu, sesak nafas terkepung dalam ladang getah yang terbakar.

Bila kami tanya berapa pendapatan menoreh getah sebulan, beliau macam tak pasti nak jawab berapa.

(Biasanya mereka akan jawab: bergantung kepada cuaca, bolehlah dapat dalam RM500 sebulan)

Bila kami tolong congak pi congak mai berdasarkan jualan getah beberapa hari sekali tu, bila saya tanya:

"Sebulan dapat RM200?"

Makcik ini dan seorang anak pompuannya yang ada bersama, secara serentak jawab:

"TAK SAMPAI"

Mereka cuma dapat kurang lebih RM150 macam tu saja.


Sebab itu bila sahabat saya, sdra Aznee (Setiausaha NGO Wargakilang) hulur RM200 duit sedekah yang kawan beliau kirimkan itu, Makcik ini dan anaknya begitu gembira sekali, duk ulang cakap tkasih tkasih tak terkira.

Lebih sebulan gaji tu !!

Meringkaskan cerita, secara amnya begitulah rata-ratanya nasib keluarga NGO di kg-kg pedalaman ini. Kemiskinan mereka turut terkena tempias kepada orang yang meniaga di kg2 berkenaan. Misalnya, waktu dibawa ke rumah seorang asnaf Ibu Tunggal yang punya dua orang anak OKU, mencari rezeki meniaga buka kedai runcit kampung secara kecil-kecilan; kami jadi tak tau nak kata apa bila tengok barang-barang dalam kedai beliau itu.

Semuanya boleh dibilang dengan jari dua tangan saja:

100 Plus ada 6 botol, gula ada 2 bungkus, bihun 2 bungkus, tepung satu bungkus, perencah tomyam 1 bungkus, tepung goreng ayam 3 kotak, garam 12 bungkus, maggie dalam 10 bungkus dll. 

(Barang-barang di kedai runcit ini tak sampai pun separuh troli barang2 kita pi beli di TESCO rasanya)

AJK Wargakilang, sdra Radhi pi borong habis 6 botol 100 Plus, terus naik mendadak jualan kedai runcit ini hari ini. Kami difahamkan untung bersih hasil jualan harian nak dapat sehari RM10 pun sakit. Tak tahulah macam mana keluarga ini survive. Dilema hidup keluarga peniaga runcit di pedalaman.

Tugas skuad riki NGO Wargakilang bukan setakat pi cari keluarga miskin, tetapi juga perlu mengenal pasti laluan dan route yang selamat untuk dilalui.

 (Titi Gantung merentas sungai yang agak deras dan dalam - antara laluan yg bakal ditempuhi)

(Walaupun nampak syiok bergambar tetapi kami turut bincangkan soal keselamatan, selamatkah jikalau 250 orang peserta berada di atas titi gantung ini secara serentak? )

Dalam banyak-banyak keluarga yang kami kunjungi di sebelah sempadan negeri Perak ini, hati kecil saya amat tersentuh dengan kunjungan kami ke sebuah rumah keluarga Buta (suami buta dan isteri rabun separuh kelam), di kawasan Pengkalan Hulu atau pun dulunya dikenali sebagai Kroh, Perak.

(Pak Mat Lazim 59 tahun, punca pendapatan dari JKM RM300 sebulan dan upah mengurut kurang lebih RM100 sebulan)

Bila kami bagitau kata nak amik gambar, cepat-cepat Pak Mat bingkas bangun, dan berpusing ke belakang pi tukar kain pakai jubah. Kemudian dia mai duduk balik kat sebelah saya, betul-betul kat tempat asal tadi.

Bila saya tanya, macam mana boleh tepat sampai tara tu (mai balik duduk tempat yang sama dengan margin error +/- 1 dua inci saja), Pak Mat pun cerita - kisah selangkah ke alam orang BUTA.


Pak Mat cerita, dia lahir celik, mata sebelah kiri buta waktu umur 4 tahun. Hat sebelah kanan bengkak waktu usia 10 tahun. Ayah dia bawa pi hospital, depa buat apa entah, balut mata belah kanan dia tu; bila balut tu dah boleh buka, terus mata dia tak nampak, buta, kelam dan gelap segelapnya.

Pak Mat kata, satu-satunya waktu yang dia boleh melihat ialah waktu tidur - bila dia bermimpi - nampak sawah, nampak matahari nampak itik dll. Bila terjaga esok pagi, dunia jadi gelap balik, waktu tu dia budak lagi, tak tau nak mengadu kat orang, menangis ajelah sorang-orang.

Pak Mat kata, lama kelamaan, bila dia dah REDHA dengan nasib yang menimpa, terima sepenuhnya ketentuan Tuhan ini, pelan-pelan Tuhan tukar channel. Dunia butanya sudah tidak kelam lagi. Pak Mat kata, daripada gelap Tuhan bagi nampak CERAH, cumanya dia tak nampak kita mcm yg kita nampak nie, Tuhan bagi kat dia channel baru, boleh bergerak secara selesa dlm dunia buta dia yang CERAH tu. Pak Mat kata, kalau cuaca panas dia pun rasa panas mcm kita, kalau hujan rasa sejuk dan sebagainya.

Sebab tu, Pak Mat boleh bingkas bangun pi tukar pakai jubah dan mai balik duduk kat sebelah saya dengan selesanya. Hari ini, kami belajar satu benda selain kisah selangkah ke alam orang buta ini - dalam hidup kita, jika kita REDHA dengan apa jua ketentuan yang Allah SWT tetapkan ke atas kita, insyaallah kita akan diberi channel baru, dan hidup kita akan tenang dan selesa seperti Pak Mat, Encik Mat Lazim Bin Bidin ini !!

Terima Kasih Pak Mat di atas tazkirah percuma ini.

 (Pak Mat dan isteri yg kelam tapi masih boleh hiris pisang buat kerepek - bersama sebahagian drpd 5 orang anak-anaknya. Insyaallah dlm JJMK Ramadhan nanti, kita akan berkunjung ke rumah beliau)

(JJMK Ramadhan nanti dijangka akan menghimpit hingga ke pintu sempadan Malaysia-Thai) 

Perjalanan seterusnya ialah ke sebelah sempadan Kedah/Perak di kawasan Sik/Baling Kedah.

(Walaupun saya orang Baling, tapi inilah kali pertama saya sampai ke kg pedalaman ini di Kaki Gunung Inas, kawasan yang sewaktu saya kecik dulu sering dikaitkan dengan sarang kominis)

Antara 35 penerima dlm daerah Baling yang dikenal pasti ialah keluarga Ismail Bin Hashim, sorang NGO berpendapatan RM300-RM400 sebulan.

(Abg Ismail Hashim bersama sebahagian drpd 9 orang anak-anaknya)

Yang baju hijau kunin depan saya ialah sepupu budak2 nie. Anak beliau yang bongsu sekali minum susu badan, yang no-2 berdukung itu minum susu juga, tapi susu TIN - ya, susu TIN yang orang buat Teh Tarik tu !!. Waktu saya kecik-kecik dulu arwah mak bagi minum susu TIN mcm ini lah jugak, duk ingatkan dah masuk dalam lipatan sejarah, rupanya masih ada lagi. Entahlah.

(Abang Zainudin ini pula, hampir lumpuh sebelah tangan sebab terbabas motor nak elak BABI beberapa hari menjelang bulan puasa tahun lepas waktu nak nak hantar petai)

Sekarang tak boleh buat kerja kuat, cuma bergantung kpd isterinya yang bekerja NGO.
Ada 5 orang anak, hari ini isterinya pulun juga pi jual getah sekerap mana yang ada, sebab anak hat Form 2 minta duit nak pi rombongan melawat PUTRAJAYA.

(Kata Abg Zainudin, ha inilah hasil jual getah tadi RM36 - pengorbanan mak dan ayah untuk mempastikan anak mereka dapat pi rombongan ke PUTRAJAYA)

Tak pastilah pula depa sendiri pernah pi melawat Putrajaya ke tidak.

Last sekali, saya tak pasti nak post gambar ini ke tidak - sebab beberapa minggu sebelum bulan puasa tahun lepas saya ada post gambar rumah yang hampir serupa, tak sampai beberapa minggu berduyun-duyun ejensi berkenaan mai angkut bata atap dan simen, sat saja naik rumah baru. Bila kwn2 mai utk program JJMK, rumah buluh tu tinggal sejarah saja. Tak apalah, janji org miskin itu dapat rumah baru.

(Seorang Ibu Muda bersama tiga orang anak-anaknya di hadapan teratak mereka yang asalnya kami ingatkan rumah pekerja rakyat asing ka apa) 

Kami bertemu rumah ini secara tidak sengaja kerana kunjungan asal kami ialah ke rumah Pak Sarip yang dikhabarkan kena stroke sudah 9 tahun tetapi tiada apa2 bantuan.

 (Pak Sarip terpaksa berpapah dan bertongkat, tiada punca pendapatan - cuma mengharapkan isterinya Mak Yam yang duk cari rebung buluh jual sikit2 dan niaga ubat kg sebagai sumber rezeki. Anak mereka yang OKU ini (28 tahun) dari dulu tak ada apa-apa bantuan. Tak tau nak kata pa, sebab org2 kaya di bandar yang ada anak OKU pun dapat elaun yang kerajaan bagi ini. Ada sesuatu yg tak kena)

Ada seorang anak mereka yang kerja Askar, alhamdulillah selalu juga duk hantar balik RM200 sebulan - taklah risau sangat Mak Yam kalau tak dapat cari rebung atau pun tak ada org mai beli ubat kampungnya.

Rumah di bawah ini rupa-rupanya ialah rumah Pn Shahidah, anak Mak Yam dan Pak Sarip ini.

(Sdra Shukri, Timbalan YDP NGO Wargakilang termenung panjang - ish, mcm manalah depa boleh duduk dalam rumah macam ini)

 (Tiang pun hanya guna bata yang disusun-susun, mai ribut kuat boleh runtuh ini - nak wat gena suami Pn Shahidah hanyalah kerja kampung, tak mampu nak bina rumah yang lebih sempurna)

Menurut kata Pn Shahidah, sudah berapa kali dah mereka minta bantuan untuk buat rumah ini, tapi semuanya dapat jawapan yang membisu. Tak taulah pula pasal pa.

(Yg kesiannya, dua drpd tiga org anak Pn Shahidah ini ada penyakit kronik - seorang sakit jantung dan seorang lagi ada komplikasi buah pinggang)

Duit yang ada duk habis bawa budak2 ini ke hospital berubat rasanya, itu yang tak sempat  nak fokus buat rumah

Insyaallah di bulan Ramadhan nanti, konvoi JJMK NGO Wargakilang akan berkunjung ke sini. Moga di waktu itu nanti keluarga ini sudah pun dapat rumah baru dan anak Mak Yam yang OKU itu akan dapat bantuan OKU yang beliau sepatutnya layak terimanya. Mudah-mudahan.

Sekian

JJMK Pengkalan Hulu Perak: 5 Julai
JJMK Sik/Baling Kedah: 19 Julai
JJMK Tanah Merah Kelantan: 12 Julai
JJMK Kemaman Tganu: 19 Julai

Limit 50 kereta untuk setiap JJMK, utk yg berminat sila daftarkan nama anda seberapa segera.

Tkasih

13.6.14
facebook/wargakilang

WARGAKILANG: JJMK Malaysia - Ramadhan 2014

$
0
0

Alhamdulillah, program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang WK wasilah kita di 6 buah negeri, Perak Kelantan Kedah Terengganu Pahang/Johor sempena bulan Ramadhan ini berjalan lancar seperti yang di rancang.


JJMK yang pertama berlansung pada minggu pertama bulan Ramadhan di beberapa buah kampung di kawasan Pengkalan Hulu, Gerik Perak. Pengalaman pertama kali meniti Titi Gantung merentas sungai yang sayup jauh ke bawah dan alam flora yang menghijau, bagi sesetengah peserta adalah sesuatu yang tak dapat dilupakan.


Buat pertama kali dlm sejarah JJMK Wargakilang, kami turut disertai oleh seorang wakil NGO dari Jepun, Foundation for Children ka apa nama, iaitu Ms Okada san. Misi beliau ialah mencari DREAM atau pun impian yg terbuku di dada kanak-kanak di kampung2 pedalaman ini, sesuatu yang mereka amat teringin untuk dikecapi tetapi sukar diperolehi.


Hmm - anak kecil ini hanya inginkan KERETA MAINAN. Saya cakap kpd Okada san, their dream is limited by the environment that they are in. Maknanya impian kanak-kanak itu terbatas setakat kehidupan yang mereka ada. Bagi anak-anak dari keluarga miskin ini, memiliki Kereta Mainan yang pada anak2 kita di pekan petik jari saja sudah dapat, adalah sesuatu yang amat mereka impikan !!

(Saya tanya Okada san dgn nada melawak, are you fasting? - dia jawab: "Yes, I am fasting - but I drink a little bit water only - hahaha, seronok juga sesekali bawa non-muslim join JJMK di bulan-bulan puasa ini)


Majlis sumbangan di Pengkalan Hulu, Perak ini diadakan di celah-celah pokok getah saja. Itulah style NGO Wargakilang - majlis simple saja, tiada khemah dan kusyen VIP menanti.


Ini pula gambar di Tanah Merah, Kelantan. Ada sahabat bawa lori dia mai jauh dari Kedah untuk tolong angkut beras dan lain-lain barang yang kebanyakannya sudah pun dibeli sendiri oleh para peserta yang majoritinya dari negeri Kelantan.


Orang Kelantan ini hebat-hebat, saya duk ikut JJMK Wargakilang masuk kampung merata kampung dan merata negeri dah, inilah pertama kali ada orang bagi sumbangan peti ais dan kipas angin. Dlm gambar - sdra Shukri, TYDP Wargakilang dari Penang mewakili penyumbang menyampaikan sumbangan peti ais dan kipas angin ini kpd anak-anak orang susah/miskin yang tinggal di asrama Maahad Ahmadi, Tanah Merah Kelantan.


 Sebahagian daripada 35 penerima sumbangan di Tanah Merah, Kelantan.


Puan Nor Azah di Kg Alor Bemban, Tanah Merah bersama sebahagian daripada barang-barang sumbangan. Sengaja kami buka dari plastik/bungkusan nak tunjuk kpd kawan-kawan yang hadir barang-barang sumbangan. Macam-macam ada, Ikan Masin dan BUDU pun ada. Tkasih di atas sumbangan.


Ini pula di Kemaman, Terengganu. Walaupun kalau nak dikiranya NGO Wargakilang masih lagi baru di sini tetapi alhamdulillah ramai juga peserta, lebih kurang jumlahnya waktu Wargakilang bermula di Utara lebih kurang 10 tahun yang lalu. Insyaallah nanti di Terengganu ini pun kerja amal NGO Wargakilang akan berkembang seperti di Utara.


Antara rumah yang dikunjungi oleh team NGO Terengganu, dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari Kuantan Pahang.


Yang ini pula di Mersing, Johor. Baru sekali saja NGO Wargakilang Malaysia pernah turun JJMK ke sana beberapa bulan yang lalu. Di tengah berbaju oren ialah Cikgu Shukri, Ketua NGO Selatan yang berpusat di Muadzam. Tkasih cikgu di atas bantuan.


Sama juga seperti di Utara, modus operandi WK sama saja, barang-barang disusun ikut keluarga di atas tanah di halaman rumah.


Ish, ini pun sama juga ini, cikgu Shukri pun pakai Topi Mengail Ikan macam saya juga ini.

Seterusnya, JJMK yang paling ramai jumlah penyertaannya - kurang lebih 60 buah kenderaan, iaitu di daerah Baling, Kedah daerah kelahiran saya.


Ini rumah / pusat agihan pertama yang kami kunjungi. Gambar adalah sewaktu team riki WK pi check route di malam hari.


Persinggahan yang pertama JJMK Baling. Cuma 5 keluarga saja yang layak daripada berpuluh buah keluarga lain di kampung ini.


Ketika kami sedang sibuk mengadakan majlis agihan di center yang pertama di atas tadi, di rumah kenalan saya yang berhampiran, penuh orang kampung mai tunggu sejak pagi tadi lagi, depa dengar cerita kata kami nak bawa mai kain baju terpakai - depa nak buat baju raya. Sorang kakak tu mai jumpa saya, dengan nada melawak dia kata:

"Kami bukan nak makanan - kami nak BAJU RAYA"


Pakcik tua ini pula mai jumpa saya, dia tanya: "Boleh ambik dah ka kain baju ini?"

Ish, kesian aih sebab kami cuma bawa satu pick up saja, ada dua pick up lagi tapi nak pi hantar kampung lain. Lagi haru, pakcik ini mai jumpa Jamil, cameramen kami, Pakcik tu tanya:

"Nak kena bayar ka kain baju ini?"

Ish - laku sungguh kain baju terpakai ini rupa2 nya, tambah-tambah dekat nak raya ini.


 Yang ini pula lagi haru. Abang Ismail ini anak 9, sulung 16 tahun. Kerja motong getah RM500-600 sebulan. Anak hat bongsu minum susu badan, hat no-2 minum susu Tin Krimer hat kita buat teh tarik tu. Bila saya minta anak dia pi ambik SUSU TIN krimer nak amik gambar, Abang Ismail cakap susu dah habis, dia suruh anak dia pi ambik botol susu adik dia tu. Tu dia - dalam BOTOL itu bukan ada SUSU tapi ada
TEH-O !!

Anak beliau minum Teh-O saja.

Kisah anak Abang Ismail dgn Teh-O ini antara yang tak dapat dilupakan oleh kebanyakan peserta, tapi bagi saya yang ditugaskan untuk membuat kompilasi cerita-cerita JJMK Wargakilang ini, ada beberapa kisah lain di bawah ini yang lebih menyentuh di hati.


Gambar di atas, di Kelantan. Rata-rata orang miskin di Kelantan bekerja sebagai NGO Noreh Getah Orang dengan pendapatan antara 300-700 sebulan. Dalam ramai-ramai NGO itu, hati kecil saya tersentuh dengan seorang penerima dlm gambar di atas.

Kak Fatimah, Ibu tunggal dua orang anak di sebelah kiri saya menangis tersedu-sedu sewaktu saya panggil namanya datang ke hadapan untuk terima sumbangan. Bila dapat sekampit beras kalau tak silap, terus dia ambik barang itu pergi ke belakang. Saya kata, eh Kakak, bukan beras tu saja, ini satu baris kakak punya, letak sini balik, lepas amik gambar nanti kakak angkut semua. Dia ketawa berderai sambil air matanya terus mengalir. Saya pun tak tau nak menangis ke tidak.

Bila sembang pi sembang mai, patutlah pun dia menangis; pendapatannya sebulan menoreh getah ialah RM300 sebulan, sewa rumah RM50, tinggallah RM250 sebulan untuk makan minum beliau dan anak-anaknya. Kalau saya pun boleh menangis bila orang bagi sumbangan, walaupun hanya sekampit beras.

Sekampit beras itu kosnya adalah 10% daripada pendapatan bulanan beliau. Bayangkan kita yang gaji RM5000, harga beras sekampit RM500. Kalau orang bagi free, tak menangis?


Ini pula di sempadan Pahang/Johor, antara Endau Mersing dan Endau Rompin. Abang ini dulu kerja guard kontrak, sekarang dah tak da kerja, buat kerja kampung potong rumput ikut orang suruh. Kata Cikgu Shukri, Ketua NGO Wargakilang Selatan, begitulah nasib bila kita hanya ada sijil SRP tak ada SPM.  Kesian anak-anak beliau, orang asing masuk Malaysia pun duduk rumah lebih sempurna dari yang ini. Ini dalam kawasan DUN Tioman.


Yang ini pun haru juga, nak tulis pun segan sebab berselang beberapa buah kampung saja dari kampung kelahiran saya di Baling Kedah. Pak Sarip hampir lumpuh, jalan berpapah dan bertongkat tiga, selalunya terbaring di tempat tidur saja, tiada apa-apa bantuan dari mana-mana pihak. Anaknya OKU down sindrom, seKUPANG pun tak dapat bantuan dari pihak berwajib w/pun alamat rumah mereka di Kg Hangus, KUPANG, Baling Kedah. Nasib baik Mak Yam isteri Pak Sarip masih sihat, masih boleh pi redah perdu buluh kat tepi sungai itu dgn risiko dipatuk ular tedung selar dan ular kapak rimba pi cari REBUNG buluh untuk dijual. Anak lelaki sorang tu kerja askar, adalah juga RM200 sebulan habuan beli beras dan ikan masin.

(Sebab tu, bila ada seorang sahabat saya yang kerja jual MURTABAK kat Bazar Ramadhan hulur kat saya RM100 minta pi bagi kat keluarga miskin yang kami nak kunjungi dlm lawatan JJMK Masuk Kg itu, dalam ramai-ramai 35 orang penerima di daerah Baling ini, kepada Pak Sariplah saya hulurkan wang RM100 ini. Tkasih kpd sahabat yang berkenaan, moga Bisness tuan dirahmati).

Waktu kami pi kunjungi keluarga Pak Sarip hari tu, nampak rumah seperti bangsal pekerja kontrak kat depan rumah Pak Sarip. Rumah siapa itu Pak Sarip? - rumah anak beliau, anak pompuan Pak Sarip dan Mak Yam.

Rumah tak seperti rumah ini dihuni oleh Pn Syahidah suami isteri dan tiga orang anak-anaknya. Dah puas suami isteri ini minta bantuan rumah bantuan rakyat ka apa, tapi habuk pun tak dak. Ini dalam Parlimen Baling DUN Kupang atau pun DUN Bayu saya tak pasti. Sesiapa yang berkenaan, ada masa mai tolong depa sat, kami di NGO hanya jadi tukang bawa cerita ja, dana tak dak, nak wat gena !!


Hat ini pula Tok Siti Hawa di Pengkalan Hulu Perak, antara 35 penerima sumbangan yang terpilih dalam JJMK Wargakilang di sana. Selepas habis majlis serahan, sahabat saya Encik Mad dan kawan-kawan pi tolong hantar brg2 sumbangan tersebut ke rumah Tok Hawa.


Tu dia aih - di pondok/dangau inilah rupanya rumah Tok Hawa dan seorang anaknya yang OKU tinggal.
Sekali lagi, sesiapa yang berkenaan tolong pi tengok sat. Tak jauh dari masjid ayer panas Kroh Perak menghala ke Betong sempadan Malaysia-Thailand.


Last sekali, khabar duka dari Bukit Kuang, Kemaman Terengganu.

Di rumah sewa sebulan RM140 inilah, adik Iqbal (tengah) yg belajar di kolej kemahiran tinggi MARA, menetap sudah hampir 20 tahun bersama 4 orang adik-adiknya. Dua bulan lepas ayahnya yang dulu mengajar di SAR (sekolah agama rakyat) meninggal dunia.

Diberitakan sekarang tuan rumah nak ambik balik rumah ini.
Dengan bahasa lembutnya, mereka sekeluarga nak kena halau.

Sekarang ini mereka 5 beradik terkontang-kanting tak tahu nak buat apa, sementelah pula ibunya begitu teruk dilanda penyakit kemurungan setelah kematian arwah ayahanda mereka, makan minum mereka berlima betul-betul bergantung kpd ihsan orang ramai.

Sdra Azman, Ketua NGO Wargakilang Terengganu bagitau, NGO Wargakilang pun tak tahu nak buat apa, sebab kami pun bukannya ada DANA. Kalaulah ada sesiapa yang ada kenal orang-orang kuat politik kat area Bukit Kuang, Kemaman ini, mohon tolong gie bantu sat.

Aduih - ramainya orang susah di bomi Malaya ini.

Tak tau nak tulih apa dah.

Tkasih sajalah yang dapat diucapkan kpd rakan-rakan yang tak jemu-jemu membantu kerja buat kami di NGO Wargakilang ini. Beras sekampit yang tuan-tuan kirim mai itu pun besar manfaatnya.

Moga kerja buat kita selama ini mendapat keredhaanNYA.

Terima Kasih

Mohd Monier Mat Din,
monier@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
facebook/wargakilang.
27.7.14
Viewing all 29 articles
Browse latest View live